CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Monday, March 3, 2008

Wanita dan Teknologi Maklumat



Walaupun separuh penduduk mana-mana negara terdiri daripada wanita, kaum Hawa masih dianggap kumpulan minoriti. Adakah ini disebabkan dunia masih dikuasai oleh kaum Adam? Adakah keadaan ini akan berubah setelah kaum Hawa menguasai teknologi maklumat (IT) dan dapat memperbaik nasib dan kedudukan mereka?. Tidak kira apa jua pandangan lelaki, wanita mesti menguasai IT, kerana IT membuka laluan kepada wanita untuk membaiki diri dan mengubah imej mereka. Banyak perubahan sosioekonomi dan politik berlaku ke atas wanita, terutama di negara maju, berasaskan tinjauan yang berikut: Wanita akan merupakan 48 peratus tenaga kerja di Amerika Syarikat (AS) menjelang tahun 2005.

Satu per tiga perniagaan di AS:
- 48 peratus pekerja wanita menyumbang 50 peratus kepada pendapatan keluarga.
- 82 peratus wanita kini mendapat pendidikan tinggi, selain mempunyai literasi komputer.
- 85 peratus wanita yang bekerja di AS mendapati kerjaya mereka sangatlah penting.
- 65 peratus wanita berkerjaya dan mengurus rumah tangga.

Wanita dijangka meliputi 48 peratus pengguna on-line dan internet menjelang tahun 2000.
Perangkaan di atas menunjukkan wanita hari ini berbeza daripada dahulu. Tidak kira sama ada sebagai ibu, isteri, atau masih bujang, mereka perlu pandai membahagikan waktu, wang, dan kerja rumah. Senarai kerja wanita bertambah setiap masa. Oleh itu, 88 peratus daripada mereka mendapati media komunikasi, terutama internet, amat menjimatkan masa. Lebih~lebih lagi membolehkan mereka berurusan dengan bank dan membeli-belah 24 jam, selepas balik dari kerja atau pada masa lapang.

Perkembangan lain yang menyusul perubahan itu ialah hilangnya tanggapan bahawa dunia wanita adalah di rumah. Kebanyakan rumah tangga kini memerlukan pendapatan kedua-dua suami dan isteri. Perkembangan ini bukan sahaja membuka peluang baru kepada wanita, tetapi juga mengimbangi hubungan kuasa antara lelaki dengan wanita. Sehingga zaman perindustrian, kerjaya yang dipilih oleh wanita meliputi aktiviti tradisional, kerana 80 peratus daripada mereka bekeria dalam sektor perkhidmatan, perkeranian, kejururawatan, dan perkilangan. Kerja mereka dibayar upah yang murah, diberi status yang rendah; maka wanita tidak mempunyai kuasa dan pengaruh. Tetapi dalam era maklumat sekarang, yang dipentingkan ialah kekuatan intelektual.

Industri maklumat yang menjadi kuasa utama penggerak ekonomi abad ke-21 telah membuka banyak peluang pekerjaan baru kepada wanita. Kerja yang dimaksudkan itu bukan sahaja terhad kepada membuat pengaturcaraan yang hanya boleh difahami oleh komputer dan penganalisis sistem, tetapi menghasilkan maklumat yang boleh difahami oleh manusia, sama ada pakar atau bukan pakar. Antaranya, membangunkan laman web, mengarang, dan melukis yang memerlukan bakat, kemahiran, latihan, kreativiti, dan pengalaman.

Wanita yang mempunyai literasi teknologi, terutama literasi komputer mendapati mereka boleh melakukan banyak kerja yang tidak dapat dilakukan oleh mereka dahulu. Kelebihan itu disebabkan teknologi maklumat telah mewujudkan fleksibiliti dan peluang yang tidak wujud sebelum ini.Wanita yang berpendidikan tinggi dan mempunyai literasi teknologi adalah wanita baru yang pandai komputer. Masalah yang paling ditakuti sekarang bukan teknologi, tetapi isi kandungan yang sesuai. Isi kandungan internet, misalnya, yang membuat orang ramai tertarik kepadanya, dan bukan teknologi. Namun, teknologi juga perlu diberi perhatian kerana teknologi yang lebih mudah, murah, dan cepat itu menarik lebih banyak orang.
Buat masa ini, internet dimonopoli oleh lelaki dengan isi kandungannya berorientasi sukan, hiburan, dan sebagainya yang digemari oleh lelaki. Sebaliknya , maklumat yang dikehendaki oleh wanita adalah tentang pemakanan, resipi, masalah wanita, rawatan penyakit dan kecederaan ringan dengan segera, dos ubat dan kesan sampingannya. Maklumat itu menjadikan mereka ibu yang lebih bijak dan isteri yang lebih pandai mengurus kewangan keluarga.

Banyak usahawan wanita telah membangunkan laman web dengan isi kandungan yang sesuai untuk wanita. Contohnya, Ellen Pack Nancy yang membangunkan WELL (whole Earth Electronic Link) di San Francisco. Yang penting ialah melalui internet, setiap pelanggan diberi layanan kelas pertama. Soalnya bagaimana mengubah internet menjadi female friendly? Mod komunikasi yang sama ditanggapi secara berlainan antara lelaki dengan perempuan.
Sumber :Http//www.newwomen.com.my.
Komen:
pada hari ini wanita bukan lagi golongan yang hanya duduk di dapur untuk memasak. Hari ini wanitra sudah berada setaraf dengan kaum lelaki. Ianya sejajar dengan keperluan negara yang mahukan wanita di negara ini mempunyai daya saing yang tinggi dan seterusnya menyumbang kepada ekonomi dan sosial negara.Rencana ini membuktikan wanita sudah mampu berdiri di kaki sendiri dan mampu menyiapkan diri dengan dunia globalisasi yang lebih kepada penggunaan ICT.

0 comments: