CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Monday, March 3, 2008

Sejarah Alzheimer


Penyakit yang julung kalinya, ditemui oleh Dr. Alois Alzheimer pada 1907 ini, dinamakan Alzheimer, bersempena nama beliau. Hasil bedah siasat, Alzheimer mendapati otak wanita tersebut bukan saja mengecut malah, dipenuhi dengan gumpalan protein yang luar biasa yang dipanggil plak amiloid dan serat yang berbelit-belit (neuro fibrillary). Amiloid protein yang membentuk sel-sel plak protein, dipercayai menyebabkan perubahan kimia otak. Kemusnahan sel-sel saraf ini menyebabkan neurotransmitter yang berfungsi menyampaikan mesej dari satu neuron pada neuron lain terjejas. Meskipun penyakit ini mula dikesan hampir satu kurun yang lalu, ia tidak sepopular lain-lain penyakit seperti sakit jantung, hipertensi, Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) atau sebagainya. Kemungkinan ini disebabkan oleh penyakit ini tidak dapat dilihat dengan mata kasar seperti penyakit hipertensi yang dapat dikesan melalui pemeriksaan tekanan darah secara berkala.

Pendedahan terhadap Alzheimer
Pendedahan mengenai penyakit Alzheimer masih rendah dan orang ramai tidak begitu berminat mengambil tahu mengenainya hinggalah ia dibincangkan secara terbuka yang ditulis sendiri oleh bekas Presiden
Amerika Syarikat (AS) yang ke-40, Ronald Reagan dalam suratnya yang bertarikh 5 November 1994. Penyakit Alzheimer sukar dikesan kerana ramai yang beranggapan warga tua yang mula lupa-lupa, adalah sesuatu yang lazim kerana faktor usia. Sebaliknya kemungkinan itu adalah tanda-tanda awal seseorang itu menghidap penyakit Alzheimer.

Peringkat Alzheimer
Lupa meletakkan kunci kereta, mengambil baki wang, tidak tahu membeli barang ke kedai, lupa nombor telefon atau dos ubat yang biasa dimakan antara sebahagian gejala ringan.
Apabila pesakit lupa mencampurkan gula dalam minuman, garam dalam masakan atau cara-cara membancuh
air dikategorikan sebagai peringkat sederhana. Apabila pesakit sudah tidak mampu melakukan perkara asas seperti menguruskan diri sendiri, keliru dengan keadaan persekitaran di rumah, tidak mengenali rakan-rakan atau ahli keluarga terdekat, ia menandakan tahap pesakit di peringkat yang serius.

Tanda-tanda lain
Pesakit juga boleh menjadi seorang yang agresif, cepat marah dan hilang minat untuk berinteraksi atau hobi yang pernah diminatinya. Dianggarkan bahwa pada sekitar 1950-an kira-kira 2.5 juta penduduk dunia menghidap penyakit ini. Pada tahun 2000, penghidap Alzheimer dijangka mencecah hingga enam bilion orang. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), menganggarkan lebih satu bilion warga tua yang berusia lebih 60 tahun atau 10 peratus penduduk dunia menghidap Alzheimer (2003). Peningkatan ini, ada kaitannya dengan penduduk dunia yang semakin berusia, jangka hayat wanita meningkat hingga 80 tahun dan 75 tahun bagi lelaki. Selain itu, tahap penjagaan kesihatan yang lebih baik, kadar perkahwinan menurun, perceraian bertambah dan mereka yang berkahwin tetapi tidak ramai anak.

Pesakit yang berada di tahap sederhana dan teruk akan menunjukkan tingkah laku yang pelik. Antaranya, seperti menjerit, terpekik dan mengikut penjaga ke mana saja walaupun ke tandas.
Selain itu, pesakit juga mendengar suara atau bisikan halus dan mengadu ternampak bayangan menakutkan. Semua ini secara tidak langsung memberi tekanan kepada penjaga kerana mereka terpaksa menjaga pesakit `36 jam' sehari. Pesakit juga kadang-kala akan berjalan ke sana sini tanpa sebab dan corak tidur mereka juga berubah. Pesakit akan lebih banyak tidur pada waktu siang dan berjaga pada waktu malam.

Secara puratanya, pesakit yang didiagnos menghidap penyakit ini meninggal dunia akibat radang paru-paru atau pneumonia. Ini kerana, dalam tempoh tersebut, pesakit hanya terlantar tanpa melakukan sebarang aktiviti. Apa yang menyedihkan, ialah pesakit sendiri tidak memahami apa yang berlaku pada diri mereka dan memerlukan bantuan orang lain. Berita buruknya mengenai Alzheimer ini, ia belum ada penawarnya. Tetapi, gejalanya masih boleh dikawal dengan ubat-ubatan. Ubat-ubatan yang diberi pada peringkat awal, boleh membantu memori pesakit seperti kognitif, aktiviti harian dan tingkah laku.

Individu yang berisiko
Menghidap hipertensi apabila mencecah usia 40 tahun ke atas
-Penghidap
penyakit kencing manis diabetes
-Kurang melakukan senaman
-Paras kolesterol yang tinggi
-Faktor keturunan - mempunyai ahli keluarga yang menghidap penyakit ini pada usia lingkungan 50-an.

Pengidap Alzheimer yang terkemuka
Enid Blyton
Charles Bronson
Winston Churchill
Perry Como
Alfred Deakin
James Doohan
Ralph Waldo Emerson
Barry Goldwater
Rita Hayworth
Charlton Heston
Beatrice Lillie
Ratu Juliana, Belanda (1948 - 1980)
Burgess Meredith
Iris Murdoch
Maurice Ravel
Ronald Reagan
Sugar Ray Robinson
Margaret Rutherford
Cyrus Vance
E.B. White

0 comments: