CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Friday, March 28, 2008

Kenangan Sehari ke Rumah Amal Limpahan Kasih Di Puchong

Pada 28hb yang lepas, aku bersama-sama 57 orang pelajar yang mengambil subjek kemahiran komunikasi antara perseorangan telah mengadakan lawatan sambil beramal ke rumah amal limpahan kasih di Puchong. Rombongan kami diketuai oleh Mohd Faiz Bin Ramli selaku pengarah program dan Dr. Jusang Bolong selaku pensyarah dan pemantau program kami.

kami terdiri daripada pelajar Pembangunan manusia dan hanya 7 orang sahaja pelajar semestar akhir dari Fakulti Bahasa Moden dan komunikasi.Kami berkumpul pada pukul 8.30 pagi di lata siswa dan bergerak pada pukul 9.00 pagi menaiki bas UPM sebanyak 2 buah bas.
Setibanya di sana kami disambut dengan ramah mesranya oleh pengetua tempat tersenut. kami memulakan aktiviti dengan melakukan aktiviti gotong-royong di 7 kawasan yang telah ditetapkan oleh pihak Rumah Amal Limpahan Kasih.Selepas solat jumat kami menjamu makanan tengahari dan memulakan aktiviti seterusnya iaitu sukaneka dan penyampaian hadiah.walaupun terasa sedikit letih namun kami berharap agar kunjungan kami yang hanya sekejap namun sedikit sebanyak dapat menggembirakan hati kanak-kanak yang dahagakan kasih sayang dari kedua ibu dan ayah tercinta ini. sesunggunhnya kenangan di sana adalah kenangan yang terindah bagi kami semua pada hari itu.

1 comments:

Anonymous said...

salamua'alaikum... saya tertarik dgn cara penulisan awk .. saya ingin berkenalan dgn awk..itu pon kalau awk sudi utk berkenalan dgn saya