CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Wednesday, March 12, 2008

kesan negatif dalam penggunaan internet






Pada hari ini, negara sedang menuju ke arah dunia globalisasi.Kerajaan telah menyeru agar institusi awam dan swasta menggunakan teknologi komunikasi dan maklumat dalam sistem pentadbiran mereka.Kerajaan telah memperkenalkan banyak perisian dalam menangani masalah siber.


Namun baru-baru ini, kerajaan telah digemparkan dengan penyalahgunaan laman web-laman web yang bukan hanya berunsur lucah malah terdapat anasir-anasir komputer yang menggunakan internet untuk menyebarkan fitnah. Baru-baru ini, kerajaan sekali lagi digemparkan dengan penyebaran Lagu "Negaraku" yang telah diubahsuai oleh seorang pelajar Malaysia yang sedang menuntut di sebuah pusat pengajian di Taiwan.


Pelajar itu telah menggunakan internet untuk menyebarkan pengubahsuaian tersebut. Hal ini sangat memalukan kerajaan malah dikatakan mencemarkan adat melayu dan budaya Orang Malaysia. Kerajaan mengambil berat isu ini dan telah mengenakan tindakan yang sewajarnya kepada pelajar tersebut mengikut Perlembagaan Negara Malaysia.Berdasarkan pengalaman saya sebagai seorang pelajar universiti memang tidak dinafikan penggunaan internet memang begitu meluas dalam kalangan pelajar universiti.Penggunaan internet memang membawa banyak kebaika daripada keburukan namun hal itu bergantung kepada pengguna itu sendiri.
Di siber cafe misalnya, ditampal satu notis yang memberi peringatan keoada pengguna agar tidak melayari laman Web Pornografi atau sebagainya. Hal ini, menyebabkan saya berfikir adakah pelajar -pelajar ini perlu untuk melayari laman web tersebut ini?
Pengalaman saya menggunakan komputer terlalu lama menyebabkan saya sering mengalami sakit kepala dan mata menjadi pedih.Tempoh paling lama bagi pendapat saya seseorang individu boleh mengadap komputer adalah dalam tempoh 3 jam sahaja.Janagan kerana terlalu menggunakan teknologi , kita sanggup melupakan kesihatan tubuh badan kita.
selain itu juga, jenayah siber juga sudah mula menjadi isu yang kerap kali ditimbulkan oleh media massa.Kita sebagai rakyat sebuah negara yang sedang membangun, tida perlu melakukan jenayah siber jika kita sedar kegunaan sebenar teknologi ini.Tepuk dada tanya selera.



0 comments: