Friday, March 28, 2008
Kenangan Sehari ke Rumah Amal Limpahan Kasih Di Puchong
Posted by deanna at 9:05 PM 1 comments
Wednesday, March 19, 2008
ANDAINYA DAPAT KU PUTAR WAKTU
Penatnya aku hari ini. Pelik tapi benar .aku berjumpa lagi dengan jejaka idaman aku. Kali ini aku yang pura-pura sengaja menjatuhkan buku di hadapannya. Bukan apa, aku hanya sekadar nak tengok reaksi dia berdepan denganku. Biarlah orang kata aku ini gadis syok sendiri, wanita pipi tersorong-sorong. yang penting bagi aku, aku perlu mencari kebahagiaan hidup aku sendiri.. “ kau bila dah besar nanti,jangan jadi anak gadis yang gatal”, masih lagi aku teringat bebelan mak uteh bila dia menjenguk ke teratak mewah milik ayahandaku. Mak uteh penjual produk jualan langsung..Hampir seluruh kawasan kediamanku dijaja barangannya. Aku pun tak lepas menjadi mangsanya.Tapi itu dulu. Kini mak uteh hanya kenangan terindahku .Dia sudah pulang mengadap Ilahi.Dia kemalangan dilanggar kereta semasa ingin melintas jalan sewaktu ingin melintas jalan di pekan.Sejak hari itu, pak uteh tinggal sendirian bersama amat dan syarel.
Jam sudah menunjukkan pukul 2 petang. “aduh”, bisik hatiku. Lambat lagi pergi ke kuliah Dr. Siti. Dr yang sentiasa nampak anggun mengenakan busana muslim setiap kali mengajar. Kadang-kadang aku terleka menilai harga dan fesyen pakaiannya daripada mendengar kuliahnya.
Hari ini aku dapat tugasan lagi. Memang mengejutkan . Baru je hantar tugasan , tugasan lain yang menyusul. Nak buat macam mane dah nasib,ketawa kecil aku melihat gelagat Dr. Siti memberikan sedikit penjelasan tentang tugasannya. Nampaknya, terganggu lagi rutin aku hendak pergi ke Genting Highland. Berminggu aku bergaduh dengan Shah. Aku pun silap selalu menangguh percutian kami.
“hai, cik adik, tumpang tanya boleh?, di mana bilik Wacana, tanya seorang lelaki yang pada aku bolehlah tahan. “Apa encik?, bilik Wacana, tanyaku ringkas. Aku sebenarnya tidak mendengar sangat pertanyaannya.Al-maklumlah sedang asyik mendengar Mp3 pemberian kakakku ,sempena aku mendapat anugerah Kepujian Dekan pada semester yang lepas. Dia senyum kepadaku apabila aku bertanya begitu. Mungkin dalam fikirannya, budak ni mesti pekak.Aku terus memberikan arah ke bilik Wacana. Tapi nampaknya dia masih lagi terpinga-pinga mendengar arahku.
Aku perasan dia masih begitu dari tadi. Lantas aku bertanya. Awak bukan dari Fakulti ni Ke?.Dia hanya menggelengkan kepala. Sudah, parah aku macam ni, bisik aku dalam hati. Patutlah daripada tadi dia hanya senyum. Mamat ni pun sengallah jugak, bukalah mulut berkata yang dia bukan dari Fakulti Bahasa moden dan Komunikasi, rungut aku di dalam hati.
Sebelum dia masuk ke dalam bilik Wacana, dia sempat bertanya namaku sambil menghulurkan tangan. Aku menyambut dan mengatakan kepadanya,Diana namaku. Dia senyum dan berharap kami akan bertemu lagi. Sejak hari itu, kami sering bertemu dan mula mengikat kasih. Dia sebenarnya pelajar dari Fakulti Pendidikan dan masih menuntut di semester 4. Setelah berkenalan hampir setahun, dia yang kukenali sebagai sempoi rupanya sangatlah kuat cemburu dan terlalu caring. Tapi hendak buat macam mane, aku dah terlalu sayang itulah risiko atau nahas arwah mak uteh selalu pesan kepadaku bila dah bercinta. Segala keburukan nampak indah belaka.
“ok, saya harap tugasan ini dapat dihantar ke meja saya pada minggu ke 14 sebelum kamu semua mula menduduki peperiksaan akhir bagi semester ini, kata Dr. Siti yang tetap tidak perasan para pelajar di hadapannya. Begitu monyok mendapat tugasan yang tidak pernah berhenti untuk diselesaikan.Tersentak aku. Rupanya aku berangan. Kuliah sudah pun tamat dan aku melangkah longlai keluar. Tiba-tiba aku terasa dilanggar sebuah objek yang besar. Habis bersepah buku-buku yang dari tadi berada di pelukanku.
“Woi, buta ke?, jalan tengok mane.Kau ingat jalan ini kau punya ke? Sengallah, kataku kepada lelaki yang melanggarku.Aku terus menunduk untuk mengambil buku-buku ku. Tiba-tiba aku terdetik, siapa yang melanggar?, cepat-cepat aku menoleh ke atas. Alamak mamat comel ni yang langgar aku. Masa tu, aku rasa macam Cinderella yang dilamar seorang putera raja. Tangan dihulur salam bersambut.Dia meminta maaf dan memperkenalkan namanya sebagai Idham.Aku senyum dan mengatakan kepadanya, biarkan sahaja peristiwa tadi. Bukan ada kecederaan pun. Tapi hatiku dah cedera dan minta dirawat, bisik hatiku.
Dia memberikan aku nombor telefon bimbitnya. Bagai pucuk ulam mendatang.Dengan segera tangan ini mengambil sehelai kertas yang tertulis nombor telefon bimbitnya.”Nanti kalau senang-senang hubungilah saya ye,kata Idham kepadaku. Melonjak gembira hatiku. Dia tidak senang pun, aku akan tetap menghubunginya. Terlupa sejenak tentang Shah. Lelaki yang terlalu menyayangiku tetapi tidak bertempat.Idham meminta diri tatkala melihat aku terlalu asyik memandang wajahnya. “Baiklah, jumpa lagi, Kataku. Aku melihat dia berlalu. Kacaknya dia.Anak siapalah tu. Aku tersenyum sendiri. Aku pun meneruskan langkah dan pulang ke rumah indahku lelapku. Tajuk lagu Izwan Pilus. Artis yang kacak dan comel padaku.
Malam sudah menjelma .Aku yang baru selesai menunaikan solat isyak segera membuka beg sandangku lalu mengambil sehelai kertas yang tertera nombor Idham.Aku mula mendail dan menunggu dengan penuh debar di hujung talian. “Helo, hendak bercakap dengan siapa?,suara di dalam talian menanyakan kepadaku.”Saya hendak bercakap dengan Dato’ Idham, Eh bukan, maksud saya Idham, dia ada?,tanyaku dalam suara yang tergetar-getar.Lelaki di dalam talian itu ketawa kecil.
“Idham di sini, sejak bila saya bergelar dato’ ni,kata idham dalam nada ketawa.Aku terdiam.Dia segera bertanya bila aku tidak bersuara.”Boleh am tahu siapa ni?. Aku terdiam bukan gemuruh tapi bila mendengar suaranya, bergetar jiwa tersentuh hati. “Ni Deanna, kataku kepadanya.Dia menanyakan kepada ku, Deanna rafar ke, Deanna Naim.Segera ku putuskan talian.Biadap sungguh lelaki ini padaku.Menyesal aku menelefonnya, bisik hatiku.
Tiba-tiba telefonku berdering. Aku lihat di skrin, nombor Idham yang kelihatan. Aku membiarkan sahaja telefon bimbitku berdering.Malaslah layan mamat ini, tidak bersopan langsung, bisik hatiku.”Salam, Deanna bercakap, siapa ini?aku bertanya.Dia membalas salamku dan menyatakan dia Idham.”Ahmad Idham ke Pak Idham,tanyaku. Padaku inilah masa hendak membalas segala perbuatannya sebentar tadi.Pak Idham merupakan pemandu peribadi ayah dan mamaku.
Dia pula terdiam.Aku ketawa kecil di hujung talian.”Maafkan saya, am kan?,aku mula menuturkan bicara yang sebenarnya.”ye, saya idham, jawabnya dalam nada serba salah.”Awak Deanna ke?,baru saya teringat,budak perempuan yang mengatakan saya buta tukan !. Terdiam aku seketika.”Leh tahan gak daya ingatan mamat ini,bisik aku dalam hati.Aku terdiam bukan kerana takut, tetapi ligat menyusun ayat dalam pertuturanku seterusnya.
“maafkan saya,saya tidak sengajalah, kataku dalam nada orang bersalah.”boleh saya tahu,kenapa awak melanggar saya,kataku dalam nada penuh tanda tanya.Walaupun aku bertanya, tapi fikiranku sudah membuat spekulasi awal, hendak mengurat akulah tu.Sengaja melanggar akukan.Itulah jawapan yang aku mahu Idham tuturkan dari mulutnya sendiri.”Saya nak cepat tadi.sebenarnya, saya sudah memohon untuk program pertukaran pelajar UPM ke Universiti Of Tokyo pada Julai tahun ini. Sepatutnya tarikh akhir permohonan tengah hari tadi.Itu sebab saya tergesa-gesa sampai melanggar awak,maafkan saya ye sayang”, jawab Idham dalam nada ketawa.Mendengar jawapannya itu, hampa kurasakan tapi berbunga kembali apabila mendengar perkataan sayang, aku pun terbuailah sekejap.Rasa seperti di alam kayangan.”awak masih dalam talian ke?, tanya Idham padaku.”Ye…ermmm, saya masih lagi dalam talian.Idham ketawa kecil mendengar jawapanku daripada suara yang tergetar-getar.
Sejak dari hari itu, hidupku sudah ada nama baru, Idham.Shah mula perasan perubahan pada diriku. Aku sudah mula memberikan seribu alasan apabila dia mengajak aku bersiar-siar di Bandar, Bukan aku sibuk dengan kuliah, tetapi sibuk melayan Idham yang sudah mula menambat hatiku ini. Beberapa kali telefonku bordering, tapi bila kulihat nombor Shah tertera di skrin, aku mengambil kepputusan untuk tidak menjawab panggilan tersebut. Mungkin aku sudah mula ingin melupakan seorang insane yang terlalu menyayangi aku. Aku pun dalam diam sudah mula menyimpan perasaan terhadap Idham. Malah dia pun menyimpan perasaan yang sama.Kami mulai intim dan menjadi bualan hangat di Fakulti tentang hubungan kami.
“Deanna, kau tahu tak, Shah masuk hospital?, kata wani kepadaku. “Kenapa dengan dia, demam ke?,kata aku dalam nada seolah-olah tidak ambil kisah perkhabaran tersebut.”Ya Allah kau tak tahu ke, dia mengalami kemalangan kelmarin dan aku dengar kritikal”,kata wani dalam nada sedikit terperanjat dengan tindak balasku yang bersahaja.”Sepatutnya kau yang lebih tahu,kaukan buah hatinya”,sambung wani. Pucat wajahku mendengar khabar berita itu.Aku segera bingkas dari kerusi meninggalkan Idham yang terpinga-pinga melihat pemergianku tanpa berkata apa-apa.
“pak cik,tolong hantar saya ke hospital serdang?,kataku kepada pemandu teksi.Aku segera menutup pintu kereta.Sebenarnya aku boleh memandu keretaku sendiri.Tapi entahlah semua bagai hilang di kotak fikiranku tatkala mendengar khabar dari Wani sebentar tadi.”Cik, sudah sampai”kata pemandu teksi kepadaku.Ku hulurkan wang berjumlah sepuluh ringgit tanpa bertanya jumlah tambang yang perlu ku bayar.Aku terus berlari keluar kereta dan menuju ke meja pertanyaan.
“Cik, tumpang tanya, di mana pesakit bernama Shahrul Ariffin ditempatkan. Dia kemalangan kelmarin”,tanyaku dalam nada yang sebak.”Tingkat 2 bilik no.324 .Cik naik lif ke tingkat 2 dan belok kiri”,kata jururawat yang padaku sungguh bersopan melayan pertanyaan.Aku bergegas menuju ke lif dan menekan butang 2.Aku tak putus-putus berdoa agar Shah dipanjangkan umur.Aku rasa bersalah.Pintu lif sudah terbuka dan aku melangkah dengan perasaan yang berdebar. Ku beranikan diri tatkala sudah berdiri kaku di hadapan bilik bernombor 324.Aku meihat Shah sedang dalam keadaan koma.Berselirat wayar-wayar di badannya. Aku genggam tangannya dan tiba-tiba Shah membuka mata.Aku tidak dapat menahan airmata yang sudah dari tadi cuba kutahan dari mengalir di pipiku.
“Kenapa menangis sayang?,janganlah menangis. Tak elok tau menangis depan pesakit,kata Shah dalam senyuman. Aku tersenyum tatkala melihat pujukan yang sebenarnya sudah lama aku rindui.”Deanna sihat?, mestilah sihatkan ditambah kehadiran abang Idham di sisikan,bisik shah dalam nada tersekat-sekat.Terkejut aku seketika.”Siapalah abang ni kalau nak dibandingkan dengan Idham yang sepuluh kali lebih kacak dari abang,sambung shah dengan linangan airmata.”Abang harap kalau abang dah tiada lagi, janji tau Deanna akan hidup bahagia dan jangan tangisi pemergian abang,sambung Shah lagi.
“Ape ni cakap macam tu,Deanna tak nak dengar lagi,balasku.Aku segera mengucup dahinya.Dia tersenyum diperlakukan begitu. Tidak pernah aku mencium walaupun sekadar mencium tangannya. Entah dari mana datang perasan itu.Tiba-tiba keadaan menjadi kelam kabut. Shah sukar untuk bernafas. Aku segera menekan loceng kecemasan. Doktor dan beberapa jururawat muncul dan meminta supayta aku berdiri di luar. Aku menanti dengan penuh debar. Kelihatan keluarga Shah dating menghampiriku.’\
“ ni semua kau punya pasal. Buat apa datang. Tak sudah-sudah menyeksa anak auntie, kata ibu Shah kepadaku. “apa salahku sampai ibunya berkata begitu.”Tiba-tiba pintu dibuka dan sebujur tubuh berlalu di hadapanku. “Maafkan saya, saya sudah mencuba tetapi Tuhan Lebih menyayanginya.Aku terasa bagai ditikam berkali-kali di dada.”Ni dia perempuan yang bunuh anak aku, kau pergi.pergi, Kata Datin Aishah kepadaku.”Aku dipujuk oleh siti yang merupakan sepupu Shah yang paling rapat denganku.”Akak pulang dulu ye,nanti siti jumpa akak.Kata siti dalam nada yang lembut. Aku menuruti kata-katanya. Mungkin lebih baik aku beredar dari situ sebelum perkara yang buruk berlaku.Aku menelefon Idham dan menyatakan perkhabaran tersebut.
Pada hari pengebumian Shah , aku hanya mampu melihat dari jarak jauh.Tak terkuat rasanya kaki untuk berdepan dengan arwah Shah walaupun dia sudah mengadap Ilahi.Aku terasa amat bersalah. Mungkin pemergiannya berpunca dari aku. Aku berseorangan ke pengebumiannya walaupun Idham menyatakan hasrat mahu menemaniku. Tetapi aku menolak. Biarlah arwah Shah melihat aku seorang.Tiba-tiba Siti menghampiriku dan menyerahkan aku sekeping surat dari arwah Shah.aku diminta membacanya di rumah.Aku menunggu di situ sehingga upacara pengebumian selesai.Aku segera berlindung daripada pandangan keluarga Shah. Mungkin saat ini mereka amat membenciku.
Setibanya di rumah, aku terus membuka sekeping surat pemberian siti kepadaku.lalu aku membacanya..
Sayang,
Ketika dirimu membaca lembaran ini, mungkin abang sudah tiada lagi di sisimu.Sebenarnya sudah lama abang menyimpan rahsia ini dari pengetahuan mu sayang. Tak terluah rasanya bila melihat senyuman dari wanita yang pertama bertakhta di hati abang.
Sayang,
Sebenarnya abang menghidap penyakit barah paru-paru.Mungkin sayang dah lupa abang pernah berkias menyatakan yang abang selalu sesak nafas.Itulah risiko yang abang ambil bila berjoging dengan sayang.Bertahan demi orang tersayang.Abang dikhabarkan oleh doctor bahawa hayat abang hanya 3 tahun lagi. Abang selalu berdoa agar dipanjangkan umur untuk membina impian denganmu sayang.
Sayang,
Maafkan abang seandainya sepanjang perhubungan kita, abang seolah-olah mengawal pergerakan sayang.sayang mungkin rimas dengan tindakan abang.Abang tidak punya banyak waktu untuk terus menyayangimu.Pada abang, biarlah kenangan itu menemani abang sewaktu menderita sakit.Abang ada menelefon sayang, tetapi sayang tak menjawab.sedih abang sayang.Abang terlalu rindu padamu.
Sayang,
Hari abang menelefonmu itu, keadaan abang dah semakin teruk. Maafkan Wani kerana menipu sayang bahawa abang kemalangan. Abang tidak mahu sayang mencintai abang kerana kasihan.
Aku sudah mula menangis. Tak sanggup rasanya menghabisi bacaanku.tapi aku harus terus membacanya.
Sayang,
Idham budak yang baik.abang sudah berjumpa dengannya dan dia berjanji akan menjagamu sesudah abang pergi.Dia tahu abang sakit tetapi abang meminta supaya dia merahsiakan penyakit abang daripada pengetahuan sayang. Jangan salahkan dia .
SAYANG AWAK DEANNA
Yang benar
SHAH.
Aku menangis dengan sekuat hati.Aku bersalah rupanya. Andaiku dapat ku memutar waktu. Akan ku pastikan Shah menjadi pillhanku.
Maafkan deanna…….Shah.
Komen:
Andainya dapat ku putar waktu adalah cerpen hasil tulisan ku sendiri.Sebenarnya aku suka juga menulis.Setakat hari ini aku dah karang banyak cerpen.Ini adalah salah satunya.Selamat membaca.
Posted by deanna at 5:18 AM 1 comments
Wednesday, March 12, 2008
kesan negatif dalam penggunaan internet
Posted by deanna at 5:12 AM 0 comments
Thursday, March 6, 2008
Petua kecantikan Diana
-santan yang telah diperah, jangan dibuang hampasnya. Sebaliknya lumurlah di kepala dan kenakan di semua bahagian rambut anda . Kemudia cuci sebersihnya dengan air biasa.
Menghilangkan bintik-bintik hitam di hidung
- Ambil sebiji telur dan sebiji limau nipis. kemudian potong kepada dua limau nipis tadi. Perahkan ke atas telur yang sudah dipecahkan dan pukul sebati. kemudian ambil facial tissue dan lekapkan ke atas telur itu tadi. Selepas itu, ambil tisu itu tadi dan lekapkan di atas hidung selama setengah jam.
Menghilangkan bau badan.-
-ambil sebiji limau nipis dan belah dua limau tersebut. kemudian sapukan di bahagian bawah lengan anda. Cuci sebersihnya dan ulang sehingga anda mendapat keputusan yang menyakinkan.
Posted by deanna at 9:57 PM 1 comments
Tuesday, March 4, 2008
Rahmat dan Keindahan Islam
Sidang Jemaah yang dimuliakan,
Dalam menghadapi liku-liku perjuangan, keimananlah sesungguhnya yang mampu menjadi pendorong untuk kita terus melangkah maju dan menyingkirkan nilai putus asa.Dalam menempuh ranjau cabaran, kesabaran pula yang menjadi benteng yang kukuh agar kita tidak mudah lumpuh di tengah-tengah perjuangan hidup.
Dalam mencari hiasan hidup, maka sesungguhnya perhiasan taqwalah yang menjadi perhiasan terbaik yang mampu memancarkan keindahan Islam. Pakaian iman dan perhiasan ketaqwaan sebenarnya menjadi hiasan yang paling indah dalam kehidupan setiap insan.
Kaum muslimin yang Berbahagia,
Keindahan Islam hanya akan dapat dirasai dan dinikmati sekiranya ajaran Islam itu kita amalkan secara keseluruhan.Inilah yang dinyatakan dalam al-Quran agar kita menerima kebenaran dan ajaran Islam secara menyeluruh sepertimana firman Allah yang bermaksud:-
"Masuklah ke dalam Islam secara Kaafah atau secara keseluruhan".
Ayat ini menegaskan bahawa nilai-nilai ajaran Islam hendaklah diamalkan dalam seluruh aspek kehidupan kita. Ajaran Islam tidak boleh diamalkan secara berpilih-pilih. Diamalkan sebahagian, manakala sebahagian yang lain ditinggalkan. Perbuatan ini boleh mendatangkan azab dan kehinaan daripada Allah s.w.t.
Ada segelintir manusia yang cuba melihat Islam daripada luar, lalu mereka melabelkan dan menggambarkan Islam dengan gambaran-gambaran yang salah dan amat mengelirukan. Mereka dengan mudah menyamakan Islam dengan kegiatan-kegiatan ganas, militan dan anti kepada kemajuan sehingga tidak terlihat di sana keindahan Islam. Golongan ini samalah seperti orang yang cuba mentafsir rasa madu, tetapi mereka belum pernah meminum madu, sehingga dengan mudah mengatakan madu itu masam atau masin atau pahit rasanya seperti hempadu.
Ada juga di kalangan mereka yang telah merasai madu tetapi oleh kerana sifat degil dan penentangan mereka terhadap Islam, maka keindahan Islam mereka dustai dengan pelbagai pendustaan. Rahmat dan keindahan Islam hanya akan dapat dinikmati sekiranya seluruh aspek kehidupan manusia bergerak di bawah landasan Islam. Sebuah keluarga akan dapat menikmati keindahan Islam, jika rumah tangga berkenaan terurus dengan ciri-ciri kekeluargaan Islam.
Sebuah masyarakat, sebuah organisasi, malah sebuah negara pasti akan dapat menikmati rahmat dan keindahan Islam jika masyarakat, organisasi dan negara berkenaan terjana dengan nilai-nilai ajaran Islam dalam kehidupan bersiasah, berekonomi, menjalankan aspek pendidikan dan mengatur kehidupan sosial.
Jemaah Jumaat yang dimuliakan,
Islam itu hadir membawa rahmat yang sekaligus memancarkan keindahan agama yang maha suci ini. Allah s.w.t. berfirman tentang rahmat yang hadir bersama terutusnya Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. Firman-Nya dalam surah al-Anbiya, ayat 107:
Maksudnya
"Dan tidak Kami utus engkau Muhammad, melainkan untuk membawa rahmat kepada seluruh alam".
Ayat ini mengisyaratkan bahawa Rasulullah s.a.w. terutus dengan membawa rahmat kepada seluruh alam. Antara rahmat yang dibawa oleh Junjungan s.a.w. yang memancarkan keindahan Islam ialah:
Pertama, rahmat dan keindahan akidah serta syariah Islamiah yang mengatur kehidupan manusia sehingga dengan kehidupan yang berpandukan akidah dan syariah Islam itu manusia mampu Kmenikmati kemakmuran dan kesejahteraan hidup.
kedua, rahmat dan keindahan akhlak yang bertunjangkan keindahan dan keunggulan keperibadian Rasulullah s.a.w. yang mana dengan menterjemahkan nilai-nilai akhlak itu dalam menjalani kehidupan, pasti keindahan dan rahmat Islam akan melimpah dengan memberi kebahagiaan dan ketenangan hidup berkeluarga, bermasyarakat dan bernegara.
Ketiga, rahmat yang diajarkan Islam dengan terjananya nilai persaudaraan yang memancarkan nilai kasih sayang,bersefahaman, bekerjasama, bermuafakat dan bersatu padu. Indahnya Islam kerana tidak menyukai hidup bersengketa dan bermusuhan. Indahnya Islam kerana membenci kehidupan yang bercalar dengan hasad dengki, fitnah memfitnah, berprasangka dan saling berdendam.
Keempat, rahmat dan indahnya Islam kerana menganjurkan nilai kemanusiaan sesama insan dengan saling hormat menghormati, bertole-ransi dan memelihara hak masing-masing. Rahmat kasih dan nilai ihsan juga dapat dirasai oleh makhluk Allah yang lain seperti haiwan, tumbuh-tumbuhan dan alam sekitar. Sehingga dengan menunaikan hak dan tanggungjawab se-bagai manusia muslim, maka tiadalah terjadi penindasan penganiayaan dan pencemaran alam sekitar.
Oleh itu marilah bersama-sama kita hayati keindahan Islam dengan mengamalkan segala ajarannya yang terpancar menerusi al-Quran dan Sunnah Junjungan s.a.w. Keindahan Islam dinikmati kerana kita berpegang dengan akidah, menjalani hidup berpandukan syariah dan bergaul sesama insan de-ngan akhlak Islamiah yang indah seperti menjaga hak saudara dan berkasih sayang serta hormat menghormati.
Keindahan Islam hanya akan dapat dirasai dan dinikmati sekiranya ajaran Islam itu kita amalkan secara keseluruhan.
Inilah yang dinyatakan dalam al-Quran agar kita menerima kebenaran dan ajaran Islam secara menyeluruh sepertimana firman Allah yang bermaksud:
"Masuklah ke dalam Islam secara Kaafah atau secara keseluruhan".
Ayat ini menegaskan bahawa nilai-nilai ajaran Islam hendaklah diamalkan dalam seluruh aspek kehidupan kita. Ajaran Islam tidak boleh diamalkan secara berpilih-pilih. Diamalkan sebahagian, manakala sebahagian yang lain ditinggalkan. Perbuatan ini boleh mendatangkan azab dan kehinaan daripada Allah s.w.t.
Ada segelintir manusia yang cuba melihat Islam daripada luar, lalu mereka melabelkan dan menggambarkan Islam dengan gambaran-gambaran yang salah dan amat mengelirukan. Mereka dengan mudah menyamakan Islam dengan kegiatan-kegiatan ganas, militan dan anti kepada kemajuan sehingga tidak terlihat di sana keindahan Islam.
Golongan ini samalah seperti orang yang cuba mentafsir rasa madu, tetapi mereka belum pernah meminum madu, sehingga dengan mudah mengatakan madu itu masam atau masin atau pahit rasanya seperti hempadu. Ada juga di kalangan mereka yang telah merasai madu tetapi oleh kerana sifat degil dan penentangan mereka terhadap Islam, maka keindahan Islam mereka dustai dengan pelbagai pendustaan. Rahmat dan kein-dahan Islam hanya akan dapat dinikmati sekiranya seluruh aspek kehidupan manusia bergerak di bawah landasan Islam.
Sebuah keluarga akan dapat menikmati keindahan Islam, jika rumah tangga berkenaan terurus dengan ciri-ciri kekeluargaan Islam.
Sebuah masyarakat, sebuah organisasi, malah sebuah negara pasti akan dapat menikmati rahmat dan keindahan Islam jika masyarakat, organisasi dan negara berkenaan terjana dengan nilai-nilai ajaran Islam dalam kehidupan bersiasah, berekonomi, menjalankan aspek pendidikan dan mengatur kehidupan sosial.
Jemaah Jumaat yang Dimuliakan,
Islam itu hadir membawa rahmat yang sekaligus memancarkan keindahan agama yang Maha Suci ini. Allah s.w.t. berfirman tentang rahmat yang hadir bersama terutusnya Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w.
Posted by deanna at 7:15 PM 1 comments
Kehilangan Sharlinie, amaran dari ALLAH?
Posted by deanna at 7:02 PM 0 comments
Ciri-Ciri Wanita Islam
Posted by deanna at 6:51 PM 1 comments
Tips-tips menghadapi temuduga kerja
· Selidik seberapa banyak yang dapat tentang pekerjaan yang anda pohon itu.Sumber-sumber yang boleh membantu ialah :
o Mereka yang bekerja di dalam pekerjaan yang dipohon.
o Bahan-bahan penerangan kerjaya yang boleh didapati dari pelbagai jabatan, firma dan perpustakaan.
o Ibu-bapa, saudara-mara dan rakan-rakan.
· Selidik sama ada anda mempunyai kelulusan akademik dan kelulusan-kelulusan lain sebagaimana yang dikehendaki bagi pekerjaan yang anda pohon itu.
· Jika anda ditemuduga bagi sesuatu pekerjaan yang berkehendakkan pengetahuan atau latihan khas, anda mungkin disoal tentang perkara tertentu yang berkaitan ataupun diberi satu ujian untuk menilai pengalaman, kemahiran atau kepantasan anda. Dalam hal seperti ini adalah berfaedah jika anda mengkaji semula perkara-perkara berkenaan sebelum menghadiri temuduga.
· Anda hendaklah mengambil tahu tempat, tarikh dan masa temuduga akan diadakan dan hendaklah berada di tempat temuduga itu 10 minit sebelum temuduga itu dimulakan. JANGAN SEKALI-KALI DATANG LAMBAT.
· Pakai pakaian yang sesuai, kemas dan bersih.
· Kuku jari anda hendaklah bersih. Rambut hendaklah pendek bagi laki-laki dan kemas disikat bagi perempuan. Kasut anda juga hendaklah bersih.
· Apabila anda menjawab sesuatu iklan pastikan permohonan anda itu mengandungi segala butir-butir tertentu seperti yang dikehendaki di dalam iklan itu. Bersedialah menjawab soalan-soalan berkenaan dengan iklan dan kandungan surat permohonan itu.
· Bawa bersama sijil-sijil asal sekolah, dokumen-dokumen asal dan surat-surat akuan asal untuk disemak oleh majikan/penemuduga. Susunlah dokumen-dokumen ini mengikut susunan yang dikehendaki dan janganlah digulung.
· Apabila dipanggil masuk ke dalam bilik temuduga, anda hendaklah mengetuk pintu terlebih dahulu sebelum memasuki bilik temuduga itu. Janganlah merasa gentar, masuklah dengan hati yang tenang serta penuh yakin.
· Sediakan dua orang referre yang benar-benar mengenali anda, tetapi bukan saudara-mara anda, yang akan memberi perakuan terhadap diri anda. Eloklah jika anda mendapatkan keizinan dahulu daripada mereka.
Tingkah Laku Semasa Temuduga
· Semasa hendak masuk bilik temuduga janganlah gentar. Buat seperti biasa saja. Ucapkan "Selamat Pagi" atau "Selamat Petang" mengikut pada keadaan waktu untuk memberi perasaan mesra di antara anda dan penemuduga.
· Jangan hulurkan tangan anda untuk berjabat tangan selagi penemuduga itu tidak berbuat gerakan dahulu yang ianya hendak berbuat demikian.
· Jangan duduk selagi tidak disuruh. Apabila anda disuruh duduk, ucapkan terima kasih dan duduklah dengan sempurna serta tegakkan badan.
· Jangan letakkan barang-barang, tangan atau siku di atas meja penemuduga.
· Jangan cuba hendak mengalih keadaan kerusi yang disediakan.
· Jangan goyang-goyangkan kaki ataupun menggerakkannya di sana sini.
· Jangan cuba hendak membaca surat-surat dan lain-lain kertas di atas meja penemuduga.
· Biarkan penemuduga itu memulakan temuduga.
· Jangan menjawab soalan-soalan dengan tergopoh-gapah. Sebaliknya jawablah dengan tenang dan jelas serta mudah didengar. Jawapan yang anda beri itu hendaklah tepat. Jangan bercakap panjang lebar, dan jangan gunakan bahasa kasar.
· Apabila bercakap pandanglah ke muka penemuduga itu. Jika ahli-ahli panel yang menemuduga itu lebih daripada seorang maka arahkan jawapan-jawapan anda kepada Ketua Panel.
· Gunakan perkataan seperti Tuan atau Puan pada orang yang tertentu dari masa ke semasa, tetapi janganlah selalu menggunakannya.
· Jangan menyampuk semasa penemuduga itu sedang bercakap dan jangan sekali-kali berbalah dengannya.
· Jangan merokok ataupun mengunyah apa-apa di dalam mulut.
· Jangan sekali-kali mengeluarkan kata-kata yang tidak benar semasa dalam temuduga.
· Jika anda tidak tahu jawapan yang disoal itu, janganlah cuba hendak berbohong ataupun mendiamkan diri sahaja, kerana ini akan melemahkan peluang anda. Eloklah anda bercakap terus terang yang anda tidak tahu jawapannya.
· Bersedia memberitahu penemuduga tentang keluarga anda, persekolahan, kegemaran dan aktiviti anda. Jangan bercakap melebihi dan yang tidak sepatutnya.
· Jangan berbincang apa-apa masalah peribadi anda semasa temuduga.
· Jika anda pernah bekerja dahulu, berilah keterangan dengan ringkas dan tepat berkenaan dengan pekerjaan itu.
· Jangan sekali-kali anda cuba hendak mencela bekas majikan anda.
· Nyatakan kelayakan dan kelulusan anda yang benar, tetapi janganlah membesar-besarkan perkara itu.
· Anda hendaklah mengetahui serba sedikit akan tugas-tugas yang bersabit dengan pekerjaan itu, masa yang dijangka kena bekerja dan jumlah gaji yang akan dibayar.
· Bersedialah untuk memberitahu kadar gaji yang anda ingini. Walau bagaimanapun biarlah penemuduga itu mengemukakan perkara itu terlebih dahulu.
· Jika penemuduga tidak menyatakan tarikh yang sepatutnya anda mengetahui keputusan temuduga itu, eloklah anda bertanya supaya anda boleh datang lagi ke pejabatnya untuk mengetahui keputusan itu. Jika ia bersetuju tanyakan tarikh dan masa yang sesuai baginya.
· Biarkan penemuduga itu menamatkan temuduga.
· Ucapkan terima kasih kepada penemuduga kerana memberi peluang kepada anda menyertai temuduga itu.
Komen:
Posted by deanna at 6:38 PM 0 comments
Monday, March 3, 2008
Sejarah Alzheimer
Penyakit yang julung kalinya, ditemui oleh Dr. Alois Alzheimer pada 1907 ini, dinamakan Alzheimer, bersempena nama beliau. Hasil bedah siasat, Alzheimer mendapati otak wanita tersebut bukan saja mengecut malah, dipenuhi dengan gumpalan protein yang luar biasa yang dipanggil plak amiloid dan serat yang berbelit-belit (neuro fibrillary). Amiloid protein yang membentuk sel-sel plak protein, dipercayai menyebabkan perubahan kimia otak. Kemusnahan sel-sel saraf ini menyebabkan neurotransmitter yang berfungsi menyampaikan mesej dari satu neuron pada neuron lain terjejas. Meskipun penyakit ini mula dikesan hampir satu kurun yang lalu, ia tidak sepopular lain-lain penyakit seperti sakit jantung, hipertensi, Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) atau sebagainya. Kemungkinan ini disebabkan oleh penyakit ini tidak dapat dilihat dengan mata kasar seperti penyakit hipertensi yang dapat dikesan melalui pemeriksaan tekanan darah secara berkala.
Pendedahan terhadap Alzheimer
Pendedahan mengenai penyakit Alzheimer masih rendah dan orang ramai tidak begitu berminat mengambil tahu mengenainya hinggalah ia dibincangkan secara terbuka yang ditulis sendiri oleh bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) yang ke-40, Ronald Reagan dalam suratnya yang bertarikh 5 November 1994. Penyakit Alzheimer sukar dikesan kerana ramai yang beranggapan warga tua yang mula lupa-lupa, adalah sesuatu yang lazim kerana faktor usia. Sebaliknya kemungkinan itu adalah tanda-tanda awal seseorang itu menghidap penyakit Alzheimer.
Peringkat Alzheimer
Lupa meletakkan kunci kereta, mengambil baki wang, tidak tahu membeli barang ke kedai, lupa nombor telefon atau dos ubat yang biasa dimakan antara sebahagian gejala ringan.
Apabila pesakit lupa mencampurkan gula dalam minuman, garam dalam masakan atau cara-cara membancuh air dikategorikan sebagai peringkat sederhana. Apabila pesakit sudah tidak mampu melakukan perkara asas seperti menguruskan diri sendiri, keliru dengan keadaan persekitaran di rumah, tidak mengenali rakan-rakan atau ahli keluarga terdekat, ia menandakan tahap pesakit di peringkat yang serius.
Tanda-tanda lain
Pesakit juga boleh menjadi seorang yang agresif, cepat marah dan hilang minat untuk berinteraksi atau hobi yang pernah diminatinya. Dianggarkan bahwa pada sekitar 1950-an kira-kira 2.5 juta penduduk dunia menghidap penyakit ini. Pada tahun 2000, penghidap Alzheimer dijangka mencecah hingga enam bilion orang. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), menganggarkan lebih satu bilion warga tua yang berusia lebih 60 tahun atau 10 peratus penduduk dunia menghidap Alzheimer (2003). Peningkatan ini, ada kaitannya dengan penduduk dunia yang semakin berusia, jangka hayat wanita meningkat hingga 80 tahun dan 75 tahun bagi lelaki. Selain itu, tahap penjagaan kesihatan yang lebih baik, kadar perkahwinan menurun, perceraian bertambah dan mereka yang berkahwin tetapi tidak ramai anak.
Pesakit yang berada di tahap sederhana dan teruk akan menunjukkan tingkah laku yang pelik. Antaranya, seperti menjerit, terpekik dan mengikut penjaga ke mana saja walaupun ke tandas.
Selain itu, pesakit juga mendengar suara atau bisikan halus dan mengadu ternampak bayangan menakutkan. Semua ini secara tidak langsung memberi tekanan kepada penjaga kerana mereka terpaksa menjaga pesakit `36 jam' sehari. Pesakit juga kadang-kala akan berjalan ke sana sini tanpa sebab dan corak tidur mereka juga berubah. Pesakit akan lebih banyak tidur pada waktu siang dan berjaga pada waktu malam.
Secara puratanya, pesakit yang didiagnos menghidap penyakit ini meninggal dunia akibat radang paru-paru atau pneumonia. Ini kerana, dalam tempoh tersebut, pesakit hanya terlantar tanpa melakukan sebarang aktiviti. Apa yang menyedihkan, ialah pesakit sendiri tidak memahami apa yang berlaku pada diri mereka dan memerlukan bantuan orang lain. Berita buruknya mengenai Alzheimer ini, ia belum ada penawarnya. Tetapi, gejalanya masih boleh dikawal dengan ubat-ubatan. Ubat-ubatan yang diberi pada peringkat awal, boleh membantu memori pesakit seperti kognitif, aktiviti harian dan tingkah laku.
Individu yang berisiko
Menghidap hipertensi apabila mencecah usia 40 tahun ke atas
-Penghidap penyakit kencing manis diabetes
-Kurang melakukan senaman
-Paras kolesterol yang tinggi
-Faktor keturunan - mempunyai ahli keluarga yang menghidap penyakit ini pada usia lingkungan 50-an.
Pengidap Alzheimer yang terkemuka
Enid Blyton
Charles Bronson
Winston Churchill
Perry Como
Alfred Deakin
James Doohan
Ralph Waldo Emerson
Barry Goldwater
Rita Hayworth
Charlton Heston
Beatrice Lillie
Ratu Juliana, Belanda (1948 - 1980)
Burgess Meredith
Iris Murdoch
Maurice Ravel
Ronald Reagan
Sugar Ray Robinson
Margaret Rutherford
Cyrus Vance
E.B. White
Posted by deanna at 11:36 PM 0 comments
Orkestra VS Senjata Nuklear
Di negara kita, muzik hanya menghasilkan sekian banyak penyakit sosial dan mereka yang terlibat dalam muzik seolah-olah sudah menerima hakikat bahawa mereka terperosok ke kancah moral. Ini satu kebiasaan, kata mereka yang sebenarnya memberikan satu tinjauan sempit lagi dangkal terhadap seni muzik.
Tetapi apabila isu senjata nuklear Korea Utara yang mencetuskan ancaman kepada dunia mahu diselesaikan dengan muzik, kita wajar melihat semula apakah persepsi kita terhadap muzik betul atau sudah ketinggalan zaman. Baru-baru ini Amerika Syarikat (AS) membawa New York Philharmonic Orchestra, sebuah orkestra yang tersohor membuat persembahan di Pyongyang, Korea Utara.
Seluruh dunia tahu bahawa hubungan Korea Utara dengan AS sangat tegang ekoran kelantangan Korea Utara membangunkan program senjata nuklearnya.
Tetapi AS telah mengambil pendekatan psikologi apabila membawa satu persembahan muzik bernilai tinggi ke negara musuh. Muzik dimanfaatkan untuk tujuan yang tidak pernah kita bayangkan sebelum ini. Apabila AS membawa sebuah persembahan orkestra ke Korea Utara, ini memberitahu manusia boleh dilembutkan hati dan jiwa mereka dengan menghayati karya yang bernilai tinggi.
Persembahan orkestra yang tertua di AS itu dijangka membuka satu lembaran baru kepada hubungan dua negara kehadiran AS tanpa senjata sebaliknya alat-alat muzik yang menghasilkan bunyi-bunyian yang harmoni. Keharmonian muzik yang dibawa oleh AS boleh dimanifestasikan mukadimah kepada era Korea Utara dan AS.
Difahamkan persembahan orkestra ini disiarkan secara langsung oleh stesen televisyen di Korea Utara dan menjadi tumpuan rakyat kerana muzik itu dibawa oleh AS. Maka persembahan yang dibuka dengan memainkan lagu kebangsaan Korea Utara, ini tentunya mengubah tanggapan sebahagian besar rakyat di situ terhadap AS. Maka persembahan New York Philharmonic membuktikan muzik mampu memainkan peranan yang melampaui sebuah produk dalam industri yang memberikan implikasi moral kepada manusia.
Posted by deanna at 11:27 PM 0 comments
Wanita dan Teknologi Maklumat
Walaupun separuh penduduk mana-mana negara terdiri daripada wanita, kaum Hawa masih dianggap kumpulan minoriti. Adakah ini disebabkan dunia masih dikuasai oleh kaum Adam? Adakah keadaan ini akan berubah setelah kaum Hawa menguasai teknologi maklumat (IT) dan dapat memperbaik nasib dan kedudukan mereka?. Tidak kira apa jua pandangan lelaki, wanita mesti menguasai IT, kerana IT membuka laluan kepada wanita untuk membaiki diri dan mengubah imej mereka. Banyak perubahan sosioekonomi dan politik berlaku ke atas wanita, terutama di negara maju, berasaskan tinjauan yang berikut: Wanita akan merupakan 48 peratus tenaga kerja di Amerika Syarikat (AS) menjelang tahun 2005.
Satu per tiga perniagaan di AS:
- 48 peratus pekerja wanita menyumbang 50 peratus kepada pendapatan keluarga.
- 82 peratus wanita kini mendapat pendidikan tinggi, selain mempunyai literasi komputer.
- 85 peratus wanita yang bekerja di AS mendapati kerjaya mereka sangatlah penting.
- 65 peratus wanita berkerjaya dan mengurus rumah tangga.
Wanita dijangka meliputi 48 peratus pengguna on-line dan internet menjelang tahun 2000.
Perangkaan di atas menunjukkan wanita hari ini berbeza daripada dahulu. Tidak kira sama ada sebagai ibu, isteri, atau masih bujang, mereka perlu pandai membahagikan waktu, wang, dan kerja rumah. Senarai kerja wanita bertambah setiap masa. Oleh itu, 88 peratus daripada mereka mendapati media komunikasi, terutama internet, amat menjimatkan masa. Lebih~lebih lagi membolehkan mereka berurusan dengan bank dan membeli-belah 24 jam, selepas balik dari kerja atau pada masa lapang.
Perkembangan lain yang menyusul perubahan itu ialah hilangnya tanggapan bahawa dunia wanita adalah di rumah. Kebanyakan rumah tangga kini memerlukan pendapatan kedua-dua suami dan isteri. Perkembangan ini bukan sahaja membuka peluang baru kepada wanita, tetapi juga mengimbangi hubungan kuasa antara lelaki dengan wanita. Sehingga zaman perindustrian, kerjaya yang dipilih oleh wanita meliputi aktiviti tradisional, kerana 80 peratus daripada mereka bekeria dalam sektor perkhidmatan, perkeranian, kejururawatan, dan perkilangan. Kerja mereka dibayar upah yang murah, diberi status yang rendah; maka wanita tidak mempunyai kuasa dan pengaruh. Tetapi dalam era maklumat sekarang, yang dipentingkan ialah kekuatan intelektual.
Industri maklumat yang menjadi kuasa utama penggerak ekonomi abad ke-21 telah membuka banyak peluang pekerjaan baru kepada wanita. Kerja yang dimaksudkan itu bukan sahaja terhad kepada membuat pengaturcaraan yang hanya boleh difahami oleh komputer dan penganalisis sistem, tetapi menghasilkan maklumat yang boleh difahami oleh manusia, sama ada pakar atau bukan pakar. Antaranya, membangunkan laman web, mengarang, dan melukis yang memerlukan bakat, kemahiran, latihan, kreativiti, dan pengalaman.
Wanita yang mempunyai literasi teknologi, terutama literasi komputer mendapati mereka boleh melakukan banyak kerja yang tidak dapat dilakukan oleh mereka dahulu. Kelebihan itu disebabkan teknologi maklumat telah mewujudkan fleksibiliti dan peluang yang tidak wujud sebelum ini.Wanita yang berpendidikan tinggi dan mempunyai literasi teknologi adalah wanita baru yang pandai komputer. Masalah yang paling ditakuti sekarang bukan teknologi, tetapi isi kandungan yang sesuai. Isi kandungan internet, misalnya, yang membuat orang ramai tertarik kepadanya, dan bukan teknologi. Namun, teknologi juga perlu diberi perhatian kerana teknologi yang lebih mudah, murah, dan cepat itu menarik lebih banyak orang.
Banyak usahawan wanita telah membangunkan laman web dengan isi kandungan yang sesuai untuk wanita. Contohnya, Ellen Pack Nancy yang membangunkan WELL (whole Earth Electronic Link) di San Francisco. Yang penting ialah melalui internet, setiap pelanggan diberi layanan kelas pertama. Soalnya bagaimana mengubah internet menjadi female friendly? Mod komunikasi yang sama ditanggapi secara berlainan antara lelaki dengan perempuan.
Posted by deanna at 11:16 PM 0 comments
Dimentia sesiapa sahaja boleh mengalaminya..
DIMENTIA atau nyanyuk sering dikaitkan dengan orang tua. Hakikatnya, penyakit yang melibatkan bahagian otak ini juga turut berisiko dialami oleh golongan muda malahan kanak-kanak. Di negara ini, ia bukanlah satu penyakit yang asing kerana semakin tinggi jangka hayat dalam masyarakat hari ini akibat tahap kesihatan yang semakin baik, maka semakin tinggi juga risiko untuk mengalaminya.
"Nyanyuk bermaksud kemerosotan fungsi daya pemikiran. Penyakit ini progresif iaitu semakin lama semakin teruk. Ia biasanya dialami oleh golongan usia 65 tahun ke atas. Bagaimanapun, golongan usia muda juga tidak terlepas termasuk kanak-kanak. Nyanyuk di kalangan orang muda yang berusia 4 sehingga 45 tahun di kenali sebagai 'pre senile dementia’ manakala kanak-kanak yang mengalami kerencatan mental seperti Sindrom Down juga boleh mengalami penyakit ini," jelas Pakar Neurologi dan Perunding Perubatan HUKM, Prof. Madya Dr. Raymond Azman Ali.
PUNCA
DIMENTIA adalah sebahagian daripada proses penuaan. Setiap individu yang memasuki usia 20 tahun mula mengalami proses kematian sel-sel dalam otak dan menyebabkan otak mula mengecut. Lebih cepat sel-sel otak mati, maka lebih tinggi risiko mendedahkan seseorang kepada dimentia. Tidak ada kajian dilakukan bagi mengenalpasti punca nyanyuk di negara ini. Bagaimanapun, penyakit strok atau angin ahmar yang kerap berulang boleh menyebabkan seseorang terdedah kepada penyakit ini. Penyakit alzheimer dan parkinson juga kerap ditemui menjadi punca nyanyuk," terang Dr. Raymond.
Menurut beliau lagi, penyakit seperti ketumbuhan otak di Lobus Frontal dan jangkitan otak yang menyebabkan ensefalitis (sawan) juga boleh menyebabkan pesakit menjadi nyanyuk. Punca-punca lain adalah akibat kekurangan vitamin B12, kekurangan hormon toksin/tiroid yang menyebabkan hipotirodism dan keturunan.Penyakit Creutzfeldt Jakob Disease (CJD) yang dialami oleh golongan tua berusia 60 tahun ke atas juga didapati boleh menyebabkan dimentia. Tanda-tanda penyakit ini ialah otot kejang dan pesakit tersentap, jalan tidak seimbang serta pergerakan kaku. Ia boleh berjangkit melalui otak, mata dan saraf tunjang. Penyakit ini seakan-akan sama dengan yang terdapat di Papua New Guinea kerana amalan memakan otak manusia.
Begitu juga dengan nyanyuk akibat kekurangan hormon tiroid dan jangkitan otak boleh disembuhkan melalui rawatan memulihkan penyakit ini melalui pemberian hormon dan pembedahan otak.
Dalam keadaan ini, pesakit hanya memerlukan penjagaan kebajikan dirinya kerana pesakit boleh mengalami pelbagai komplikasi lain seperti kematian akibat kemalangan dan sebagainya. Ini kerana pesakit yang hanya berbaring dalam satu keadaan sahaja boleh memudaratkannya dan perhatian daripada seseorang diperlukan bagi membantunya mengubah kedudukan pesakit. Bagi pesakit yang tidak di kawal, ubat sedatif digunakan bagi mengawal pergerakan mereka.
"Majoriti pesakit mati akibat jangkitan seperti penyakit pneumonia. Ini kerana pesakit yang mengalami dimentia yang teruk hanya mampu berbaring sahaja dan tidak batuk bagi mengeluarkan kahak. Kadangkala pesakit boleh mengalami kematian akibat penyakit lain dari nyanyuk. Oleh itu, pesakit perlu diberi penjagaan dan kawalan untuk keselesaan mereka.
Posted by deanna at 10:59 PM 0 comments