CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Tuesday, March 4, 2008

Rahmat dan Keindahan Islam




Sidang Jemaah yang dimuliakan,
Dalam menghadapi liku-liku perjuangan, keimananlah sesungguhnya yang mampu menjadi pendorong untuk kita terus melangkah maju dan menyingkirkan nilai putus asa.Dalam menempuh ranjau cabaran, kesabaran pula yang menjadi benteng yang kukuh agar kita tidak mudah lumpuh di tengah-tengah perjuangan hidup.
Dalam mencari hiasan hidup, maka sesungguhnya perhiasan taqwalah yang menjadi perhiasan terbaik yang mampu memancarkan keindahan Islam. Pakaian iman dan perhiasan ketaqwaan sebenarnya menjadi hiasan yang paling indah dalam kehidupan setiap insan.


Kaum muslimin yang Berbahagia,
Keindahan Islam hanya akan dapat dirasai dan dinikmati sekiranya ajaran Islam itu kita amalkan secara keseluruhan.Inilah yang dinyatakan dalam al-Quran agar kita menerima kebenaran dan ajaran Islam secara menyeluruh sepertimana firman Allah yang bermaksud:-


"Masuklah ke dalam Islam secara Kaafah atau secara keseluruhan".

Ayat ini menegaskan bahawa nilai-nilai ajaran Islam hendaklah diamalkan dalam seluruh aspek kehidupan kita. Ajaran Islam tidak boleh diamalkan secara berpilih-pilih. Diamalkan sebahagian, manakala sebahagian yang lain ditinggalkan. Perbuatan ini boleh mendatangkan azab dan kehinaan daripada Allah s.w.t.


Ada segelintir manusia yang cuba melihat Islam daripada luar, lalu mereka melabelkan dan menggambarkan Islam dengan gambaran-gambaran yang salah dan amat mengelirukan. Mereka dengan mudah menyamakan Islam dengan kegiatan-kegiatan ganas, militan dan anti kepada kemajuan sehingga tidak terlihat di sana keindahan Islam. Golongan ini samalah seperti orang yang cuba mentafsir rasa madu, tetapi mereka belum pernah meminum madu, sehingga dengan mudah mengatakan madu itu masam atau masin atau pahit rasanya seperti hempadu.


Ada juga di kalangan mereka yang telah merasai madu tetapi oleh kerana sifat degil dan penentangan mereka terhadap Islam, maka keindahan Islam mereka dustai dengan pelbagai pendustaan. Rahmat dan keindahan Islam hanya akan dapat dinikmati sekiranya seluruh aspek kehidupan manusia bergerak di bawah landasan Islam. Sebuah keluarga akan dapat menikmati keindahan Islam, jika rumah tangga berkenaan terurus dengan ciri-ciri kekeluargaan Islam.


Sebuah masyarakat, sebuah organisasi, malah sebuah negara pasti akan dapat menikmati rahmat dan keindahan Islam jika masyarakat, organisasi dan negara berkenaan terjana dengan nilai-nilai ajaran Islam dalam kehidupan bersiasah, berekonomi, menjalankan aspek pendidikan dan mengatur kehidupan sosial.


Jemaah Jumaat yang dimuliakan,
Islam itu hadir membawa rahmat yang sekaligus memancarkan keindahan agama yang maha suci ini. Allah s.w.t. berfirman tentang rahmat yang hadir bersama terutusnya Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. Firman-Nya dalam surah al-Anbiya, ayat 107:

Maksudnya
"Dan tidak Kami utus engkau Muhammad, melainkan untuk membawa rahmat kepada seluruh alam".
Ayat ini mengisyaratkan bahawa Rasulullah s.a.w. terutus dengan membawa rahmat kepada seluruh alam. Antara rahmat yang dibawa oleh Junjungan s.a.w. yang memancarkan keindahan Islam ialah:


Pertama, rahmat dan keindahan akidah serta syariah Islamiah yang mengatur kehidupan manusia sehingga dengan kehidupan yang berpandukan akidah dan syariah Islam itu manusia mampu Kmenikmati kemakmuran dan kesejahteraan hidup.


kedua, rahmat dan keindahan akhlak yang bertunjangkan keindahan dan keunggulan keperibadian Rasulullah s.a.w. yang mana dengan menterjemahkan nilai-nilai akhlak itu dalam menjalani kehidupan, pasti keindahan dan rahmat Islam akan melimpah dengan memberi kebahagiaan dan ketenangan hidup berkeluarga, bermasyarakat dan bernegara.


Ketiga, rahmat yang diajarkan Islam dengan terjananya nilai persaudaraan yang memancarkan nilai kasih sayang,bersefahaman, bekerjasama, bermuafakat dan bersatu padu. Indahnya Islam kerana tidak menyukai hidup bersengketa dan bermusuhan. Indahnya Islam kerana membenci kehidupan yang bercalar dengan hasad dengki, fitnah memfitnah, berprasangka dan saling berdendam.


Keempat, rahmat dan indahnya Islam kerana menganjurkan nilai kemanusiaan sesama insan dengan saling hormat menghormati, bertole-ransi dan memelihara hak masing-masing. Rahmat kasih dan nilai ihsan juga dapat dirasai oleh makhluk Allah yang lain seperti haiwan, tumbuh-tumbuhan dan alam sekitar. Sehingga dengan menunaikan hak dan tanggungjawab se-bagai manusia muslim, maka tiadalah terjadi penindasan penganiayaan dan pencemaran alam sekitar.


Kaum muslimin yang Dikasihi,
Oleh itu marilah bersama-sama kita hayati keindahan Islam dengan mengamalkan segala ajarannya yang terpancar menerusi al-Quran dan Sunnah Junjungan s.a.w. Keindahan Islam dinikmati kerana kita berpegang dengan akidah, menjalani hidup berpandukan syariah dan bergaul sesama insan de-ngan akhlak Islamiah yang indah seperti menjaga hak saudara dan berkasih sayang serta hormat menghormati.




Kaum muslimin yang Berbahagia,
Keindahan Islam hanya akan dapat dirasai dan dinikmati sekiranya ajaran Islam itu kita amalkan secara keseluruhan.
Inilah yang dinyatakan dalam al-Quran agar kita menerima kebenaran dan ajaran Islam secara menyeluruh sepertimana firman Allah yang bermaksud:


"Masuklah ke dalam Islam secara Kaafah atau secara keseluruhan".

Ayat ini menegaskan bahawa nilai-nilai ajaran Islam hendaklah diamalkan dalam seluruh aspek kehidupan kita. Ajaran Islam tidak boleh diamalkan secara berpilih-pilih. Diamalkan sebahagian, manakala sebahagian yang lain ditinggalkan. Perbuatan ini boleh mendatangkan azab dan kehinaan daripada Allah s.w.t.


Ada segelintir manusia yang cuba melihat Islam daripada luar, lalu mereka melabelkan dan menggambarkan Islam dengan gambaran-gambaran yang salah dan amat mengelirukan. Mereka dengan mudah menyamakan Islam dengan kegiatan-kegiatan ganas, militan dan anti kepada kemajuan sehingga tidak terlihat di sana keindahan Islam.


Golongan ini samalah seperti orang yang cuba mentafsir rasa madu, tetapi mereka belum pernah meminum madu, sehingga dengan mudah mengatakan madu itu masam atau masin atau pahit rasanya seperti hempadu. Ada juga di kalangan mereka yang telah merasai madu tetapi oleh kerana sifat degil dan penentangan mereka terhadap Islam, maka keindahan Islam mereka dustai dengan pelbagai pendustaan. Rahmat dan kein-dahan Islam hanya akan dapat dinikmati sekiranya seluruh aspek kehidupan manusia bergerak di bawah landasan Islam.
Sebuah keluarga akan dapat menikmati keindahan Islam, jika rumah tangga berkenaan terurus dengan ciri-ciri kekeluargaan Islam.


Sebuah masyarakat, sebuah organisasi, malah sebuah negara pasti akan dapat menikmati rahmat dan keindahan Islam jika masyarakat, organisasi dan negara berkenaan terjana dengan nilai-nilai ajaran Islam dalam kehidupan bersiasah, berekonomi, menjalankan aspek pendidikan dan mengatur kehidupan sosial.


Jemaah Jumaat yang Dimuliakan,
Islam itu hadir membawa rahmat yang sekaligus memancarkan keindahan agama yang Maha Suci ini. Allah s.w.t. berfirman tentang rahmat yang hadir bersama terutusnya Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w.




Sumber: Khutbah Jumaat-7 Jamadilakhir 1423/h/16 Ogos 2002m.



Komen:

Umat Islam perlu bersatu padu dalam mengukuhkan ukwah yang jitu sebagaimana yang telah dinyatakan di dalam Islam.

Kehilangan Sharlinie, amaran dari ALLAH?

Semua umat Islam Malaysia dalam ketakutan akibat tidak mengamalkan Islam secara sempurna,diambil mana sesuai dengan seleranya mana yang tak sesuai dengan seleranya dicampak jauh-jauh.Sekarang semua menjadi takut.Takut anak-anak kita pula diculik orang,semua yang takut termasuk yang Islam tulen dan Islam palsu.Islam palsu patut sedar hanya Islam tulen sahaja yang dapat menyelesaikan masalah kehidupan ini,syiah dengan slogan Islam palsunya para wanita mereka menghadapi tekanan kerana boleh kahwin mut'ah dan disini kelemahan puak syiah dalam memelihara wanita.
Para mengamal Islam palsu patut mengingati rukun Iman yang digariskan oleh Imam asy-Syafii rh iaitu lisan,dibenarkan oleh hati dan perbuatan semuanya perlu seiring barulah tulen iman kita.Begitu juga yang digariskan oleh Rasulullah saw (ia lagi lengkap) iaitu percaya kepada Allah,Malaikat,nabi-nabi,kitab-kitab,hari Kiamat dan Qada' dan Qadar.IIslam pula ialah mengucap dua kalimah syahadah, solat, puasa, zakat dan haji jika mampu. Semua ini antara syarat- syarat agar menjadi muslim yang sejati atau tulen.
Kes Sharlinie ia ada hubungkait dengan iman dan Islam seseorang,jika tulen Islamnya pasti masalah ini sudah lama selesai,dalam kontek negara demokrasi iman dan Islam amat penting dihayati sebagai 'Islam menyelesaikan masalah' dengan melantik pemimpin-pemimpin yang beriman dan bertaqwa (Islam),jika iman dan Islam kita masih palsu (ragu) masakan dapat menyelesaikan masalah yang kronik ini.Selepas ini siapa pula diculik,apakah anak- anak kita? minta dijauhkan ,Amin!,tetapi kita wajib berwaspada selagi rakyat Malaysia masih ragu-ragu dengan Iman dan Islam,selagi itulah masalah culik dan bunuh tak akan selesai,cctv hanya melambangkan kemodenan bukannya menggerunkan penjenayah,tempat lain yang tiada cctv masih banyak dan boleh melakukan penculikkan sewenang-wenangnya,namun Islam ia mendidik masyarakat agar beriman dan bertaqwa,dengan melihat hukum Islam ia bertambah yakin dengan kebesaran Allah Yang Maha Bijaksana.
Sumber: tranungkite online/Ahad, 9 Disember 2007.
Komen:
bagi saya artikel ini mengelirukan orang tentang Islam. Kehilangan Sharlinie saya anggap sebagai ujian dan dugaan yang Tuhan turunkan kepada keluarga En. Nashar. Mungkin Tuhan mahu menguji sekuat mana iman dan ketakwaan En. Nashar sekeluarga apabila diberi ujian kehilangan anak tersayang.Kekuatan Islam terletak pada umat Islam itu sendiri.

Ciri-Ciri Wanita Islam



-Pakaian itu mestilah menutup aurat , sebagaimana yang dikehendaki syariat Islam.


-Tudung kepala, hendaklah dilabuhkan sehingga ke paras bawah dada.


-Bersarung kaki / berstokin untuk menutup aurat bahagian kaki.


-Pakaian tidak terlalu nipis, ketat dan sempit. Warna pakaian suram atau gelap seperti kelabu. Tidak boleh berwarna-warni, berbunga-bunga menarik dan tabarruj.




-Pakaian tidak di-kenakan wangi-wangian , kecuali ketika bersama suami di rumah.




-Tidak berhias-hias, bermake-up, bergincu bibir ketika keluar rumah.




-Juga tidak bergelang-jurai emas, ketika keluar rumah semacam hendak menunjuk-nunjuk. Pakaian tidak menyerupai kaum lelaki ataupun wanita kafir / musyrik.




-Jika keluar berjalan jangan-lah memakai kasut bertumit, sehingga berberbunyi keletok-keletok yang boleh mengganggu ketenteraman kaum lelaki.


-Jika berjalan , jangan di-lenggang-lenggokkan badan serta gaya berjalan yang juga boleh mengganggu ketenteraman kaum lelaki


Sumber:Http://www.kasihkekasih. blogspot.com/2004/ciri-ciri wanita Islam


Komen:


pada hari ini remaja semakin tidak tahu menghargai tubuh sendiri. Mendedahkan aurat sesuka hati tanpa rasa malu dan segan. kadang-kala mereka sengaja mendedahkan aurat dengan alasan mengikut trend masa kini. Ada apa dengan Fesyen?. Jika dahulu wanita terkenal dengan wadah pakaian yang menutup dan sopan dan kemas, kini adakah wanita hari ini mahu dikenali dengan imej seksi dan ranggi?. Sama-sama kita fikirkan.

Tips-tips menghadapi temuduga kerja

Terdapat dua aspek mustahak semasa ingin menghadapi temuduga iaitu persediaan dan tingkah laku semasa temuduga.Persediaan
· Selidik seberapa banyak yang dapat tentang pekerjaan yang anda pohon itu.Sumber-sumber yang boleh membantu ialah :
o Mereka yang bekerja di dalam pekerjaan yang dipohon.

o Bahan-bahan penerangan kerjaya yang boleh didapati dari pelbagai jabatan, firma dan perpustakaan.

o Ibu-bapa, saudara-mara dan rakan-rakan.

· Selidik sama ada anda mempunyai kelulusan akademik dan kelulusan-kelulusan lain sebagaimana yang dikehendaki bagi pekerjaan yang anda pohon itu.

· Jika anda ditemuduga bagi sesuatu pekerjaan yang berkehendakkan pengetahuan atau latihan khas, anda mungkin disoal tentang perkara tertentu yang berkaitan ataupun diberi satu ujian untuk menilai pengalaman, kemahiran atau kepantasan anda. Dalam hal seperti ini adalah berfaedah jika anda mengkaji semula perkara-perkara berkenaan sebelum menghadiri temuduga.

· Anda hendaklah mengambil tahu tempat, tarikh dan masa temuduga akan diadakan dan hendaklah berada di tempat temuduga itu 10 minit sebelum temuduga itu dimulakan. JANGAN SEKALI-KALI DATANG LAMBAT.

· Pakai pakaian yang sesuai, kemas dan bersih.

· Kuku jari anda hendaklah bersih. Rambut hendaklah pendek bagi laki-laki dan kemas disikat bagi perempuan. Kasut anda juga hendaklah bersih.

· Apabila anda menjawab sesuatu iklan pastikan permohonan anda itu mengandungi segala butir-butir tertentu seperti yang dikehendaki di dalam iklan itu. Bersedialah menjawab soalan-soalan berkenaan dengan iklan dan kandungan surat permohonan itu.

· Bawa bersama sijil-sijil asal sekolah, dokumen-dokumen asal dan surat-surat akuan asal untuk disemak oleh majikan/penemuduga. Susunlah dokumen-dokumen ini mengikut susunan yang dikehendaki dan janganlah digulung.

· Apabila dipanggil masuk ke dalam bilik temuduga, anda hendaklah mengetuk pintu terlebih dahulu sebelum memasuki bilik temuduga itu. Janganlah merasa gentar, masuklah dengan hati yang tenang serta penuh yakin.

· Sediakan dua orang referre yang benar-benar mengenali anda, tetapi bukan saudara-mara anda, yang akan memberi perakuan terhadap diri anda. Eloklah jika anda mendapatkan keizinan dahulu daripada mereka.

Tingkah Laku Semasa Temuduga

· Semasa hendak masuk bilik temuduga janganlah gentar. Buat seperti biasa saja. Ucapkan "Selamat Pagi" atau "Selamat Petang" mengikut pada keadaan waktu untuk memberi perasaan mesra di antara anda dan penemuduga.

· Jangan hulurkan tangan anda untuk berjabat tangan selagi penemuduga itu tidak berbuat gerakan dahulu yang ianya hendak berbuat demikian.

· Jangan duduk selagi tidak disuruh. Apabila anda disuruh duduk, ucapkan terima kasih dan duduklah dengan sempurna serta tegakkan badan.

· Jangan letakkan barang-barang, tangan atau siku di atas meja penemuduga.

· Jangan cuba hendak mengalih keadaan kerusi yang disediakan.

· Jangan goyang-goyangkan kaki ataupun menggerakkannya di sana sini.

· Jangan cuba hendak membaca surat-surat dan lain-lain kertas di atas meja penemuduga.

· Biarkan penemuduga itu memulakan temuduga.

· Jangan menjawab soalan-soalan dengan tergopoh-gapah. Sebaliknya jawablah dengan tenang dan jelas serta mudah didengar. Jawapan yang anda beri itu hendaklah tepat. Jangan bercakap panjang lebar, dan jangan gunakan bahasa kasar.

· Apabila bercakap pandanglah ke muka penemuduga itu. Jika ahli-ahli panel yang menemuduga itu lebih daripada seorang maka arahkan jawapan-jawapan anda kepada Ketua Panel.

· Gunakan perkataan seperti Tuan atau Puan pada orang yang tertentu dari masa ke semasa, tetapi janganlah selalu menggunakannya.

· Jangan menyampuk semasa penemuduga itu sedang bercakap dan jangan sekali-kali berbalah dengannya.

· Jangan merokok ataupun mengunyah apa-apa di dalam mulut.

· Jangan sekali-kali mengeluarkan kata-kata yang tidak benar semasa dalam temuduga.

· Jika anda tidak tahu jawapan yang disoal itu, janganlah cuba hendak berbohong ataupun mendiamkan diri sahaja, kerana ini akan melemahkan peluang anda. Eloklah anda bercakap terus terang yang anda tidak tahu jawapannya.

· Bersedia memberitahu penemuduga tentang keluarga anda, persekolahan, kegemaran dan aktiviti anda. Jangan bercakap melebihi dan yang tidak sepatutnya.

· Jangan berbincang apa-apa masalah peribadi anda semasa temuduga.

· Jika anda pernah bekerja dahulu, berilah keterangan dengan ringkas dan tepat berkenaan dengan pekerjaan itu.

· Jangan sekali-kali anda cuba hendak mencela bekas majikan anda.

· Nyatakan kelayakan dan kelulusan anda yang benar, tetapi janganlah membesar-besarkan perkara itu.

· Anda hendaklah mengetahui serba sedikit akan tugas-tugas yang bersabit dengan pekerjaan itu, masa yang dijangka kena bekerja dan jumlah gaji yang akan dibayar.

· Bersedialah untuk memberitahu kadar gaji yang anda ingini. Walau bagaimanapun biarlah penemuduga itu mengemukakan perkara itu terlebih dahulu.

· Jika penemuduga tidak menyatakan tarikh yang sepatutnya anda mengetahui keputusan temuduga itu, eloklah anda bertanya supaya anda boleh datang lagi ke pejabatnya untuk mengetahui keputusan itu. Jika ia bersetuju tanyakan tarikh dan masa yang sesuai baginya.

· Biarkan penemuduga itu menamatkan temuduga.

· Ucapkan terima kasih kepada penemuduga kerana memberi peluang kepada anda menyertai temuduga itu.

Komen:
Menghadiri temuduga bukanlah semudah yang disangka. Saya juga pernah menghadapi temuduga. bermacam-macam perasaan akan timbul jika tiada persediaan yang dilakukan sebelum menghadiri temuduga.Memang tidak dapat dinafikan kita perlu melakukan persediaan awal sebelum menghadiri temuduga. Perasaan takut dan gemuruh perlu dielakkan terlebih dahulu sebelum menghadapi temuduga. Datang lambat perlu dielakkan dan sewajarnya kita perlu datang lebih awal setengah jam untuk menyiapkan diri menghadiri temuduga dan untuk mengelakkan perasaan panik apabila datang lewat pada hari temuduga.

Monday, March 3, 2008

Sejarah Alzheimer


Penyakit yang julung kalinya, ditemui oleh Dr. Alois Alzheimer pada 1907 ini, dinamakan Alzheimer, bersempena nama beliau. Hasil bedah siasat, Alzheimer mendapati otak wanita tersebut bukan saja mengecut malah, dipenuhi dengan gumpalan protein yang luar biasa yang dipanggil plak amiloid dan serat yang berbelit-belit (neuro fibrillary). Amiloid protein yang membentuk sel-sel plak protein, dipercayai menyebabkan perubahan kimia otak. Kemusnahan sel-sel saraf ini menyebabkan neurotransmitter yang berfungsi menyampaikan mesej dari satu neuron pada neuron lain terjejas. Meskipun penyakit ini mula dikesan hampir satu kurun yang lalu, ia tidak sepopular lain-lain penyakit seperti sakit jantung, hipertensi, Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) atau sebagainya. Kemungkinan ini disebabkan oleh penyakit ini tidak dapat dilihat dengan mata kasar seperti penyakit hipertensi yang dapat dikesan melalui pemeriksaan tekanan darah secara berkala.

Pendedahan terhadap Alzheimer
Pendedahan mengenai penyakit Alzheimer masih rendah dan orang ramai tidak begitu berminat mengambil tahu mengenainya hinggalah ia dibincangkan secara terbuka yang ditulis sendiri oleh bekas Presiden
Amerika Syarikat (AS) yang ke-40, Ronald Reagan dalam suratnya yang bertarikh 5 November 1994. Penyakit Alzheimer sukar dikesan kerana ramai yang beranggapan warga tua yang mula lupa-lupa, adalah sesuatu yang lazim kerana faktor usia. Sebaliknya kemungkinan itu adalah tanda-tanda awal seseorang itu menghidap penyakit Alzheimer.

Peringkat Alzheimer
Lupa meletakkan kunci kereta, mengambil baki wang, tidak tahu membeli barang ke kedai, lupa nombor telefon atau dos ubat yang biasa dimakan antara sebahagian gejala ringan.
Apabila pesakit lupa mencampurkan gula dalam minuman, garam dalam masakan atau cara-cara membancuh
air dikategorikan sebagai peringkat sederhana. Apabila pesakit sudah tidak mampu melakukan perkara asas seperti menguruskan diri sendiri, keliru dengan keadaan persekitaran di rumah, tidak mengenali rakan-rakan atau ahli keluarga terdekat, ia menandakan tahap pesakit di peringkat yang serius.

Tanda-tanda lain
Pesakit juga boleh menjadi seorang yang agresif, cepat marah dan hilang minat untuk berinteraksi atau hobi yang pernah diminatinya. Dianggarkan bahwa pada sekitar 1950-an kira-kira 2.5 juta penduduk dunia menghidap penyakit ini. Pada tahun 2000, penghidap Alzheimer dijangka mencecah hingga enam bilion orang. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), menganggarkan lebih satu bilion warga tua yang berusia lebih 60 tahun atau 10 peratus penduduk dunia menghidap Alzheimer (2003). Peningkatan ini, ada kaitannya dengan penduduk dunia yang semakin berusia, jangka hayat wanita meningkat hingga 80 tahun dan 75 tahun bagi lelaki. Selain itu, tahap penjagaan kesihatan yang lebih baik, kadar perkahwinan menurun, perceraian bertambah dan mereka yang berkahwin tetapi tidak ramai anak.

Pesakit yang berada di tahap sederhana dan teruk akan menunjukkan tingkah laku yang pelik. Antaranya, seperti menjerit, terpekik dan mengikut penjaga ke mana saja walaupun ke tandas.
Selain itu, pesakit juga mendengar suara atau bisikan halus dan mengadu ternampak bayangan menakutkan. Semua ini secara tidak langsung memberi tekanan kepada penjaga kerana mereka terpaksa menjaga pesakit `36 jam' sehari. Pesakit juga kadang-kala akan berjalan ke sana sini tanpa sebab dan corak tidur mereka juga berubah. Pesakit akan lebih banyak tidur pada waktu siang dan berjaga pada waktu malam.

Secara puratanya, pesakit yang didiagnos menghidap penyakit ini meninggal dunia akibat radang paru-paru atau pneumonia. Ini kerana, dalam tempoh tersebut, pesakit hanya terlantar tanpa melakukan sebarang aktiviti. Apa yang menyedihkan, ialah pesakit sendiri tidak memahami apa yang berlaku pada diri mereka dan memerlukan bantuan orang lain. Berita buruknya mengenai Alzheimer ini, ia belum ada penawarnya. Tetapi, gejalanya masih boleh dikawal dengan ubat-ubatan. Ubat-ubatan yang diberi pada peringkat awal, boleh membantu memori pesakit seperti kognitif, aktiviti harian dan tingkah laku.

Individu yang berisiko
Menghidap hipertensi apabila mencecah usia 40 tahun ke atas
-Penghidap
penyakit kencing manis diabetes
-Kurang melakukan senaman
-Paras kolesterol yang tinggi
-Faktor keturunan - mempunyai ahli keluarga yang menghidap penyakit ini pada usia lingkungan 50-an.

Pengidap Alzheimer yang terkemuka
Enid Blyton
Charles Bronson
Winston Churchill
Perry Como
Alfred Deakin
James Doohan
Ralph Waldo Emerson
Barry Goldwater
Rita Hayworth
Charlton Heston
Beatrice Lillie
Ratu Juliana, Belanda (1948 - 1980)
Burgess Meredith
Iris Murdoch
Maurice Ravel
Ronald Reagan
Sugar Ray Robinson
Margaret Rutherford
Cyrus Vance
E.B. White

Orkestra VS Senjata Nuklear


kepada sebahagian besar daripada kita, muzik tidak lebih sekadar hiburan. Stigma kepada apa saja yang berkaitan muzik semacam tidak berubah sejak lama dulu. Ini ditambah pula dengan tahap penghayatan muzik yang rendah dan penghasilan muzik yang juga rendah nilainya.
Di negara kita, muzik hanya menghasilkan sekian banyak penyakit sosial dan mereka yang terlibat dalam muzik seolah-olah sudah menerima hakikat bahawa mereka terperosok ke kancah moral. Ini satu kebiasaan, kata mereka yang sebenarnya memberikan satu tinjauan sempit lagi dangkal terhadap seni muzik.


Tetapi apabila isu senjata nuklear Korea Utara yang mencetuskan ancaman kepada dunia mahu diselesaikan dengan muzik, kita wajar melihat semula apakah persepsi kita terhadap muzik betul atau sudah ketinggalan zaman. Baru-baru ini Amerika Syarikat (AS) membawa New York Philharmonic Orchestra, sebuah orkestra yang tersohor membuat persembahan di Pyongyang, Korea Utara.


Seluruh dunia tahu bahawa hubungan Korea Utara dengan AS sangat tegang ekoran kelantangan Korea Utara membangunkan program senjata nuklearnya.
Tetapi AS telah mengambil pendekatan psikologi apabila membawa satu persembahan muzik bernilai tinggi ke negara musuh. Muzik dimanfaatkan untuk tujuan yang tidak pernah kita bayangkan sebelum ini. Apabila AS membawa sebuah persembahan orkestra ke Korea Utara, ini memberitahu manusia boleh dilembutkan hati dan jiwa mereka dengan menghayati karya yang bernilai tinggi.


Persembahan orkestra yang tertua di AS itu dijangka membuka satu lembaran baru kepada hubungan dua negara kehadiran AS tanpa senjata sebaliknya alat-alat muzik yang menghasilkan bunyi-bunyian yang harmoni. Keharmonian muzik yang dibawa oleh AS boleh dimanifestasikan mukadimah kepada era Korea Utara dan AS.


Difahamkan persembahan orkestra ini disiarkan secara langsung oleh stesen televisyen di Korea Utara dan menjadi tumpuan rakyat kerana muzik itu dibawa oleh AS. Maka persembahan yang dibuka dengan memainkan lagu kebangsaan Korea Utara, ini tentunya mengubah tanggapan sebahagian besar rakyat di situ terhadap AS. Maka persembahan New York Philharmonic membuktikan muzik mampu memainkan peranan yang melampaui sebuah produk dalam industri yang memberikan implikasi moral kepada manusia.




Dipetik dr:Http//www.utusanonline.com.my




Komen:

Amerika Syarikat memang sudah dikenali dengan agendanya yang tersendiri setiap kali ingin menakluk sesebuah negara. Muzik memang merupakan sebuah elemen yang yang penting dalam kehidupan manusia. Namun mampukah ita melenyapkan penderitaan yang dihadapi oleh Palestin dan Bosnia. Rencana ini hanya mengaburkan mata kita dengan mengatakan muzik boleh melarikan kita seketika dari penderitaan.

Wanita dan Teknologi Maklumat



Walaupun separuh penduduk mana-mana negara terdiri daripada wanita, kaum Hawa masih dianggap kumpulan minoriti. Adakah ini disebabkan dunia masih dikuasai oleh kaum Adam? Adakah keadaan ini akan berubah setelah kaum Hawa menguasai teknologi maklumat (IT) dan dapat memperbaik nasib dan kedudukan mereka?. Tidak kira apa jua pandangan lelaki, wanita mesti menguasai IT, kerana IT membuka laluan kepada wanita untuk membaiki diri dan mengubah imej mereka. Banyak perubahan sosioekonomi dan politik berlaku ke atas wanita, terutama di negara maju, berasaskan tinjauan yang berikut: Wanita akan merupakan 48 peratus tenaga kerja di Amerika Syarikat (AS) menjelang tahun 2005.

Satu per tiga perniagaan di AS:
- 48 peratus pekerja wanita menyumbang 50 peratus kepada pendapatan keluarga.
- 82 peratus wanita kini mendapat pendidikan tinggi, selain mempunyai literasi komputer.
- 85 peratus wanita yang bekerja di AS mendapati kerjaya mereka sangatlah penting.
- 65 peratus wanita berkerjaya dan mengurus rumah tangga.

Wanita dijangka meliputi 48 peratus pengguna on-line dan internet menjelang tahun 2000.
Perangkaan di atas menunjukkan wanita hari ini berbeza daripada dahulu. Tidak kira sama ada sebagai ibu, isteri, atau masih bujang, mereka perlu pandai membahagikan waktu, wang, dan kerja rumah. Senarai kerja wanita bertambah setiap masa. Oleh itu, 88 peratus daripada mereka mendapati media komunikasi, terutama internet, amat menjimatkan masa. Lebih~lebih lagi membolehkan mereka berurusan dengan bank dan membeli-belah 24 jam, selepas balik dari kerja atau pada masa lapang.

Perkembangan lain yang menyusul perubahan itu ialah hilangnya tanggapan bahawa dunia wanita adalah di rumah. Kebanyakan rumah tangga kini memerlukan pendapatan kedua-dua suami dan isteri. Perkembangan ini bukan sahaja membuka peluang baru kepada wanita, tetapi juga mengimbangi hubungan kuasa antara lelaki dengan wanita. Sehingga zaman perindustrian, kerjaya yang dipilih oleh wanita meliputi aktiviti tradisional, kerana 80 peratus daripada mereka bekeria dalam sektor perkhidmatan, perkeranian, kejururawatan, dan perkilangan. Kerja mereka dibayar upah yang murah, diberi status yang rendah; maka wanita tidak mempunyai kuasa dan pengaruh. Tetapi dalam era maklumat sekarang, yang dipentingkan ialah kekuatan intelektual.

Industri maklumat yang menjadi kuasa utama penggerak ekonomi abad ke-21 telah membuka banyak peluang pekerjaan baru kepada wanita. Kerja yang dimaksudkan itu bukan sahaja terhad kepada membuat pengaturcaraan yang hanya boleh difahami oleh komputer dan penganalisis sistem, tetapi menghasilkan maklumat yang boleh difahami oleh manusia, sama ada pakar atau bukan pakar. Antaranya, membangunkan laman web, mengarang, dan melukis yang memerlukan bakat, kemahiran, latihan, kreativiti, dan pengalaman.

Wanita yang mempunyai literasi teknologi, terutama literasi komputer mendapati mereka boleh melakukan banyak kerja yang tidak dapat dilakukan oleh mereka dahulu. Kelebihan itu disebabkan teknologi maklumat telah mewujudkan fleksibiliti dan peluang yang tidak wujud sebelum ini.Wanita yang berpendidikan tinggi dan mempunyai literasi teknologi adalah wanita baru yang pandai komputer. Masalah yang paling ditakuti sekarang bukan teknologi, tetapi isi kandungan yang sesuai. Isi kandungan internet, misalnya, yang membuat orang ramai tertarik kepadanya, dan bukan teknologi. Namun, teknologi juga perlu diberi perhatian kerana teknologi yang lebih mudah, murah, dan cepat itu menarik lebih banyak orang.
Buat masa ini, internet dimonopoli oleh lelaki dengan isi kandungannya berorientasi sukan, hiburan, dan sebagainya yang digemari oleh lelaki. Sebaliknya , maklumat yang dikehendaki oleh wanita adalah tentang pemakanan, resipi, masalah wanita, rawatan penyakit dan kecederaan ringan dengan segera, dos ubat dan kesan sampingannya. Maklumat itu menjadikan mereka ibu yang lebih bijak dan isteri yang lebih pandai mengurus kewangan keluarga.

Banyak usahawan wanita telah membangunkan laman web dengan isi kandungan yang sesuai untuk wanita. Contohnya, Ellen Pack Nancy yang membangunkan WELL (whole Earth Electronic Link) di San Francisco. Yang penting ialah melalui internet, setiap pelanggan diberi layanan kelas pertama. Soalnya bagaimana mengubah internet menjadi female friendly? Mod komunikasi yang sama ditanggapi secara berlainan antara lelaki dengan perempuan.
Sumber :Http//www.newwomen.com.my.
Komen:
pada hari ini wanita bukan lagi golongan yang hanya duduk di dapur untuk memasak. Hari ini wanitra sudah berada setaraf dengan kaum lelaki. Ianya sejajar dengan keperluan negara yang mahukan wanita di negara ini mempunyai daya saing yang tinggi dan seterusnya menyumbang kepada ekonomi dan sosial negara.Rencana ini membuktikan wanita sudah mampu berdiri di kaki sendiri dan mampu menyiapkan diri dengan dunia globalisasi yang lebih kepada penggunaan ICT.