CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Wednesday, November 19, 2008

perjuanganku masih ada

Hari in 2o november 2008. aku meneruskan perjuanganku dalam pengajianku. Ijazah sudah berada dalam genggaman, kini master pula yang aku idamkan. ketika rakan -rakanku yang lain di kampung sudah bergelar isteri dan ibu, aku masih lagi gigih memegang dan menelaah buku ilmiah. Aku mahu memenuhi impianku bergelar pensyarah dengan gelaran Dr. Diana. Aku akan berusaha untuk memastikan impianku tercapai.
Semester pertama sudah berlalu. Tanggal 2009 pengajianku dalam master semester kedua pula akan menyusul.Getar hatiku mmikirkan apa yang akan bakal aku lalui pada hari yang mendatang.Harapan ayah dan ibuku kan aku tunaikan selagi nyawaku masih berdetik di dalam jantung ini.
Aku amat beruntung mendapat ayah, ibu dan adik-beradik yang sangat mementingkan pendidikan. Segala impianku dalam pendidikan tidak mendapat tentangan sebaliknya mendapat sokongan yang padu dari mereka. Mereka mahu aku berjaya dalam hidup . Aku diberi pendidikn agama yang cukup. Aku berdoa agar iman dan jiwaku terhadap agama tidak akan goyah dan aku akan pastikan Nur Islam sentiasa menjadi pegangan hidupku walau di manapun aku berada.
Ayah ......ibu terima kasih kerana memberikan aku jalan hidup yang sebaik ini. Terima kasih kerana bukan sahaja menjadikan aku ' ORANG' tetapi 'Manusia'. Jasa kalian akan sentiasa dalam ingatan dan ketahuilah jika diberikan peluang , aku mahukan kamu berdua menjadi ayah dan ibuku......kerana aku pasti kamu adalah ayah dan ibuku yang terbaik di muka bumi Allah ini....

0 comments: