Tanggal 23 Feb 2008, aku dan rakan-rakanku pg mengadakan Program Semarak kasih bersama-sama anak-anak yatim di Pertubuhan Kebajikan Anak-anak yatim Islam daerah Sabak Bernam, Selangor.Pertubuhan tu mengumpulkan 48 orang anak-anak yatim yang terdiri daripada pelajar tahun 5 hingga ke tingkatan 6.Pertubuhan ini ditaja oleh PEYATIM Malaysia dan juga orang persendirian. Pemergian kami ke sana untuk menyiapakan projek akhir bagi subjek Bahasa Dalam Multimedia di bawah Seliaan Dr. Normaliza dari Fakulti Bahasa Moden dan Komunkasi. UPM.Program kami bermula dari 1-2 Mac 2008.Bilangan rombongan kami seramai 20 orang.
kami menjalankan tugas atau aktiviti berdasarkan kumpulan yang sudah kami bentuk terlebih dahulu. bagi kumpulan saya, kami menjalankan aktiviti berbentuk akademik. Tujuannya dapat mendedahkan kanak-kanak di sana tentang Bahasa Melayu. kami menekankan aspek tatabahasa. Aktiviti tersebut berangsung selama 2 jam. Penerimaan pelajar sungguh memberansangkan dan rata-rata kanak-kanak di sana ingin berjaya hingga ke menara gading.
0 comments:
Post a Comment